assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, January 21, 2011

Lirik yang Mengetuk Pintu Hatiku







"Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati"


Assalamu'alaikum semua pengunjung blog Musafir CinTA Ilahi ni?? FN doakan semoga kalian dan FN sentiasa mendapat cahaya dan petunjuk dari- Nya supaya terus istiqamah dalam beribadat kepada yang Maha Esa...aminn (n_n). Sebenarnya, FN dah set nak tulis entry ni malam tadi tapi disebabkan FN khusyuk membaca blog-blog yang bermanfaat jadi FN terus lupa. So, hari ni lepas je tidurkan Eqfal Qardhawi dan bagi makan pada budak-budak ni, FN terus on pc dan meneruskan niat FN yang tergendala malam tadi.

So, 1st of all..FN bukak youtube untuk cari lagu yang mengetuk hati FN. Tapi sebelum tu FN nak cerita sikit asal-usul lahirnya minat FN pada lagu nasyid.FN mula minat mendengar lagu@nasyid sejak abang naza menghadiahi FN sebuah mp3 samsung bewarna biru cair. Hadiah ni dia beli untuk FN sempena hari jadi FN yang ke 15 tahun, tapi yang paling pelik+kelakar, kata abang FN, ni hadiah tapi guna duit FN lebih banyak iaitu 100rm dan selebihnya abang naza topup, tu pun kongsi dengan abang mizi. Hey~ boleh ke panggil sebagai "hadiah" tu?? Tapi walauapapun FN tetap bersyukur kerana mp3 ni lah FN minat mendengar lagu nasyid. Bukan itu sahaja, FN juga menganggap mp3 ni sebagai teman karib FN di rumah. Dialah yang selalu temankan FN belajar setiap hari sampai larut malam. Tapi sekarang, mp3 samsung FN ni da nazak, tak tahulah kenape, kerana sekarang ni FN tak boleh nak charge da mp3 ni..sedih sangat rasanya. Walauapepun, FN redha dengan ketentuannya kerana FN yakin jika FN resha Yang Maha Pemberi akan gantikan dengan sesutau yang lebih baik, InsyaAllah.

Nak di sambungkan cerita tadi, FN pun mengadulah pada abang Naza tentang penyakit mp3 FN ni. So, dengan ihsan sebagai seorang abang kepada adikknya, dia pun menghadaihkan mp3 sony ericson dia kepada FN, alhamdulillah! FN bersyukur sangat-sangat kerana "patah tumbuh hilang berganti" bak kata pepatah melayu kan. So, gembira sangat sebab dapat kawan karib baru.InsyaAllah akan FN jaga dia dengan sebaik-baiknya. (^.*)" Allah befirman dalam surah ibrahim, ayat 7 ; mafhumnya:

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jadi, benarlah firman Allah tersebut, "bila kita bersyukur,Dia akan tambahkan lagi nikmatnya", subhanallah, walhamdulillah, walaiahaillallah, allahhuakbar!
Jadi bila FN dapat mp3 sony tu, FN pun menerokai mp3 tu so FN trejumpa lagu nasyid favourite abang yang FN tak pernah dengar sebelum ni. Nak tahu apa lagu tu? haaa..tulah serangkap lirik di atas yang FN copy dari lagu tu. Dan rangkap tu juga yang telah mengetuk pintu hati FN. Means, mengingatkan FN kepada sesuatu,".......". Perlu ke FN beritahu segalanya?? huhuhu,^^, tak da' masalah, FN boleh ceritakan melalui "LAGU NI"..OH, boleh klik kat "LAGU NI" untuk menghayati cerita yang FN sampaikan melalui lagu tu.hehehe..

Oh yer untuk pegetahuan kalian itu juga lagu yang FN dapat dari mp3 sony tu,kemudian satu lagi lagu yang FN idam-idamkan menjadi saksi cinta FN suatu hari nanti..(alamak, jiwang la pulokk). Actually, dulu FN idam-idamkan lagu sampai syurga-faizal tahir saksi percintaan FN tapi dok memikirkan lagu tu tak islamik dan sangat jiwang lagi emosi, jadi lagu tu telah di blacklist daripada lagu idaman dan pengganti lagu yang FN idamkan sekarang ialah "LAGU NI" Oh, bait-baitnya sangat tersirat dan lagunya syahdu sangat...FN rasa kebanyakan hati wanita boleh diketuk jika pasangan melafazkan rasa cinta melalui lagu ni dengan cara "VIDEO" yang bertemakan lagu ni...oh, romantisnya!! sebab FN rasa teman lelaki dia telah buat video gambar-gambar mereka dan menggunakan tema lagu ni~ (maaf, sekali lagi FN saje perasan jiwang untuk membahagiakan diri sendiri, ^^,) Selamat mencuba kepada mereka ingin mengetuk pintu hati pasangannya..huhuhu...^^, dan pesanan bagi lelaki, jika anda agak-agak malu untuk berterus-terang kepada si dia, YOU can use this song as medium untuk melafazkan kata-kata cinta kepada si dia~


Last sekali, FN tinggalkan kalian dengan VT ini..Doa mEncari Jodoh~aminn...


ok, See you later,
Wsalam (^.*)

0 comments:

Foto ComeL ^^;