assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, January 12, 2011

NILAI Seorang Manusia..

inspirasi muslimah,quotes

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu."

Nilai manusia yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya, sesekali bukan pada rupa paras. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita dan begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.

Niat bermaksud tujuan sesuatu perkara yang dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya. Sesuatu kebaikan yang ada 'udang di ssebalik batu' tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Ikhlas adalah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah.


I
khlas dalam kerja bermakna dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar 'melepaskan batuk di tangga' atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan. Bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah yang diwajibkan ke atasnya dan harus dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan.

Bekerja dengan niat yang ikhlas, dapat meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu. Keikhlasan itu dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan di akhirat. Itulah yang kita harapkan.


WSALAM..

0 comments:

Foto ComeL ^^;