assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, January 27, 2011

Selamat Tinggal SaYANGku~

Assalamu'alaikum semua? Salam sukses dan salam ukhuwah fillah FN ucapkan! Alhamdulillah, FN masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog "kesayangan" FN ni untuk yang terakhir kalinya. mungkin~Oh, mood da sedih tahap karma ni, tetapi kugagahi juga jari-jemariku untuk menari di keyboard ni, kerana terlalu banyak kenangan bersamamu SAYANG!

Jomla kenal bersama si manja comelku sayang! ^^,

*Nama diberi M.Uwaisul Qarny. Umur tahun ni 5 tahun.
*Dia dipanggil dengan gelaran "anyah" dirumah kerana dia merupakan anak nombor 2 dan anyah juga merupakan anak buah kesayangan FN yang nombor 2!
*Angah ni sangat manja dengan FN!
*aDA Story sikit tentang anyah ni. Dulu anyah ni anti-perempuan, die macam tak suka sangatla kat mak saudara perempuan ni, tp an cube jugak usha die. Lama-lama, dia macam malu&suka dengan FN. Memang pelik. Sebab ada masa die manje dengan FN dan ada masa dia takut dngan FN.
*Tapi, sejak FN duduk kat sini, dia sangat terlebih manja dengan FN.Kadang-kadang dia berbisik dengan FN untuk mintak sesuatu dengan gaya yang manja dan menggoda..heeeeeee ^_^..(geli+suke)
*Lepas tu anyah selau suruh FN buat susu untuk dia, dia seboleh-bolehnya tak nak orang lain yang buat melainkan FN, nak tahu tak ayat die macammane?
*asuu, asuuu buat susu nga sedap!
(dengan mimik muka yang kesian, aduh, cair asu nyah)

*OK, ada satu cerita yang kelakar sangat! nak tahu? hihihih~
Pada suatu hari, FN geram sangat tengok pipi anyah yang semakin tembam. FN pun ciumla. Then, ayah cakap, "eeee..(dengan nada yang suka) asu cium anyah! asu nak kawin dengan anyah eaa?" hihihih~ FN pun jawab, "a'ah, asu nak kawin dengan anyah!" Ha, terus senyap dan dia tersipu2 malu..^.^<

* Dan tadi ade lagi perbualan yang menyedihkan+melucukan antara FN dan anyah;
ANYAH: asu, asu dah nak balik dah?
ASU: yer, anyah! asu nak balik dah! tinggallah anyah sensorang~
ANYAH: takkk!! asu janganlah balik. Nati sape nak jaga anyah! Anyah tak boleh nak jaga kakak! haa, adik tu sapa nak jaga? anyah tak buleh! nanti sapa nak buat susu nga sedap~
ASU: tak boleh la anyah sayang, asu dah beli tiket,asu kena balik! takpe nanti ada acik datang jaga anyah, OKAY!
ANYAH: ala, anyah tak nak! asu, anyah nak kawan dengan asu~ anyah sayang asu~ anyah nak kawin dengan asu~
ASU: (terharu+tergelak-pandai pula dia bermadah) (*_*)
* * *
*Okay now, kita continued dengan adikkk!
*Nama dipilih oleh asu, Ilham datang dari nama ulama', Ulama pilihan Yusuf Qardhawi, so nama diberi Eqfal Qardhawi.
*Tapi, FN gelar die adikk@kujanggg kusayang, then seorang inspektor sahab pelik,! die tanye, kenapa nama dia sedap-sedap tapi panggil kujang? hujah FN, actually "kujang" tu diambil dari panggilan "ujang" yang kebiasaannya digunakan oleh orang negeri sembilan untuk menggelarkan anak lelaki mereka. Then FN saje tambah "K" di awal namanya untuk merasakan kelainan!
*OK, gelaran "adik" pun FN yang bagi sebab FN nak feel kononya kujang ni adik FN...HIHIHIH>>^_*.al-maklum, kita takda adik~

*Ok, Adikk ni sebenarnya adalah nak buah kesayangan FN yang pertama~ YELAH,sebab dia adik FN kan..hihihii,,(gurau~)
*Adik ni pun manja jugak dengan FN! Lepas tu, dia ni kelakar! Geram sangat tengok telatah dia..dan FN suka sangat cium die..gerammmmm~!
*Selalunya adik ni suka gigit FN! Taktik yang dia guna! mula-mula, dia datang kat kita! dengan geseran manja~ sampai jer part yang dia geram...die akan mula menggigit mangsa dia..hahhahah..(budak2! biasalah...gusi dia tengah gatal~) "don't think out of box"...^.^<
* Hmm dia ni sangat aktif, macam ala-ala hyper gak..tapi tak teruk sangat!! Tak tau dah FN nak cakap ape~hiihihi


**Okay, sayang-sayang asu, anyah dan adik, asu doakan anyah dan adik jadi nak yang soleh serta taat kepada perintah Allah.Dan asu doakan semoga sayng-sayang asu ni akan menjadi mujahid yang bersedia untuk menegakkan Islam untuk menentang musuh-musuh Allah~ amin..Ohh, terlupa asu...(hihihihi)..., along dan kaklang! maaf, no point lagi untuk cerita tentang along dan kaklang sebab asu da ngantukk~ tapi asu tetap sayangkan korang jugakkk..ok,! doa asu sama juga seperti anyah dan adikk! semoga sayang-sayang asu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah! amin~

SELAMAT TINGGAL....selamat tinggal??
eh, teringat FN sesuatu.."selamat tinggal bahagia atau tidak"
Terima kasih, SAYA BAHAGIA~
dan yang FN sangat pasti, "sELAMAT tINGGAL sAYANGKU" 2x ganda lagi sedih daripada "selamat tinggal" yang dulu~ Asu pasti akan rindu kat sayang-sayangku! dan niat dihati ni nak jer bawak adik balik sekali...hihihi..(^_*)..
OK, mari layan telatah si comel sayangku ni!!


**kaklang! seorang yang pemalu~kadang2! dan agak keras kepala...hihihihi...cakap dengan dia mesti lembut2~ dan seorang yang banyak tanye!!! Semoga menjadi nak yang solehah yer kaklang ku sanyangg!



**adik-adik sedang membuli along yang nakal..^_*

**adikkk...di pangkuan asu...suka dia!

*inilah yang kek yang tak berapa nak comey asu buat untuk sayang-sayang asu~

**beginilah setiap hari, asu dodoikan adikkk, dengan membuka mp3 didalam hp asu yang mendendangkan alunan zikir,ayat al-quran dan lagu nasyid.."terbaik"!!

OH YER...my beloved blog, tak tahu bila kita boleh jumpa lagi..lepas ni FN tidak ada masa dan peluang untuk online oleh kerana di rumah tiada internet dan laptop! Oh, bagaimana la hidup FN nanti tanpa internet, fb,blog, ceramah ustaz Kazim,MFB, etc..Oh, Ya Allah aku redha dengan segala ketentuanmu~ aku sentiasa yakin dengan kalamMU

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui~ surah al-Baqarah:ayat 216"

INSYAaLLAH FN boleh hidup tanpa internet! Cukuplah Enkau bagiku sebagai peneman dan kalamMU sebagai penghibur dan penenang hati! Dan FN yakin bahaw ada hikmah yang baik tersembunyi dalam setiap ujianMU. FN REDHA ya ALLAH..amin..Doakan FN dapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM 2010! amin dan FN nak sambung belajar dalam bidang perubatan! insyaAllah! amin~



**sehingga bertemu lagi, jika FN panjang umur!
wsalam..(T.T)

0 comments:

Foto ComeL ^^;