assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, January 20, 2011

Jom Main Masak-masak.




"Dik, kakteh ko suruh masak tom yam, ko pandai tak?", kata mak FN lalu tersengih..

Assalamu'alaikum wbt, salam pertemuan kembali. Apa khabar semua? FN harap semuanya sihat-sihat belaka di bawah perlindungan yang Maha Pelindung.InsyaAllah. Hampir 20 hari FN duduk sini, hari ini baru la FN dapat main masak-masak yang FN idam-idamkan dan memang itulah niat FN pada mulanya apabila menjejeakkan kaki di rumah kakteh. Kakteh memang terkenal dalam keluarga FN sebagai seorang chef, order jelah apa-apa, pasti takkan mengecewakan. FN suka prder kat kakteh tom yam dan laksa, memang marvellous.

Refer to the title, teringat pulak FN nostalgia zaman kanak-kanak dulu. FN masa kecik dulu suka sangat main masak-masak. Habis periuk mak, FN pinjam untuk bermain. Yang lawaknya FN masak bunga raya, daun, campur air...huhuhu ^^, pahtu sambung main pondok-pondok dan kawin-kawin. Seronok sangat bila terkenangkan nostalgia lama, FN masa kecik dulu sangat aktif dalam bermain sampaikan tak duduk rumah. Nati da nak maghrib barulah balik Permainan yang FN paling suka ialah bermain guli.Kali terakhir FN bermain guli dan berhenti bermain gula ialah masa form 2, time tu mak memang dah marah giler tengok FN main guli setiap petang,huhuhu ^^, tapi itulah pengalaman yang mengajar FN serta mematangkan FN. Dan pengalaman macam ni jugalah modal bagi FN untuk bercerita kepada anak-anak dan cucu FN nanti..huhuhu..

ooohh, sambal ikan yang mirip dengan masakan mak, sebab tu ia menjadi citeerasa mak..(**,)

Ohh yer, kita sambung semula dialog diatas!
"haaa,pandai".jawab FN ringkas lalu hati FN bermonolog, "macammane kakbi buat dulu ek, aku pernah tengok dulu. Ha, bahan-bahan dia, bawang kecik+bawang putih+bawang besar+lada+serai+limau nipis+daun limau purut++,haaa, nak tumis ke tidak ek", lama jugak FN refresh balik kepala otak FN tapi last-last, FN mesej terus kakteh untuk menambahkan keyakinan! Ahamdulillah, sotong dengan udang mak dah siang, huhuuh,FN sebenarnya tak suka kerje siang-menyiang ni lebih-lebih lagi kalau siang ikan. Alamtnya hancuslah ikan itu, kalau dia boleh bercakap mesti dia dah marah-marah kat FN..^^, FN pun tak pandai lagi nak siang ayam,insyaAllah akan FN cuba pelajari.

Sedang FN tengah khusyuk mengopek bawang untuk masak sambal ikan dan tom yam, mak dah start goreng ikan selar kasar kegemarannya. Pada masa tu, mak pesan kat FN, "kalau nak goreng ikan ni, tak payah guna banyak minyak, nanti hilang manis ikan ni." Kemudian FN menjawab "ooook"..^^, Selapas FN selesai mengupas bawang-bawang semua, mak arahkan FN sekali lagi untuk masak ikan sambal pula, padahal FN ingatkan mak yang nak masak!Tapi tak pelah, lagipun FN memang suka pun. FN biase buat ikan sambal tapi ikan sembilang lar, tp mesti tak sedap, tak sama macam mak buat Mak sempat pesan buat biar sampai ada kuah kicap supaya budak-budak ni boleh makan gince dengan kuah kicap tu tapi FN da tersalah campak bahan-bahan sebab mak kata kakteh suh buat ikan sambal tapi mak suruh buat ikan kicap! haa, jadi sebagai chef yang tak pro tapi adil, FN telah buat keputusan untuk buat 2 dalam 1. So, jadilah ikan sambal kicap yang takda kuah kicap tapi sangat memenuhi citarasa mak! Ketika FN sedang menulis entri ini, ikan sambal dah pun habis dimakan, tak dapatlah along merasa! padanlah muka dia~


nyumm3~udang+sotong+tomato+karot+bunga kobis++ :)

Lepas siap goreng ikan, FN mula masak tom yam mengikut arahan yang diberi oleh kakteh melalui pesanan ringkas,mesej. Rupa-rupanya kene tumis, bawang-bawang tu. So, FN tumislah, then masukkan air seenak rase, then tunggu sampai mendidih. Tom yam yang FN buat ni asli kerana bebas dari sebarang perasa tambahan seperti mak aji dan kiub tom yam oleh kerana, bahan-bahan tersebut tidak wujud di dalam peti ais doremon kakteh. So, FN campaklah bahan-bahan yang ada saja. So, untuk jadikan tom yam masam, kakteh pesan letak limau tapi kalu tak da, letak lah asam keping atau asam jawa. So, FN telah mengambil keputusan untuk meletakkan ketiga-tiga sekaligus untuk menghasilkan tom yam yang kaw kaw, tapi tak jugak kaw kaw dan bende yang FN lemah ialah nak meletakkan garam, mesti tak pernah cukup!! Untuk masak tom yam ni, FN da letak 3 sudu garam tapi tetap QC (quality control) sehingga FN dah malas nak letak da..huhuh ^^,



heyy~inspektor sahab, see, FN dah pandai masak makanan kegemaran FN sendiri tau.So, jangan pandang FN sebelah mata je. ^.^

Tuntasnya, FN seronok sangat hari ini sebab dapat memasak. Kalau tidak, selalunya seawal 5 pagi lagi kakteh dah bangun untuk buat sarapan dan makan tengahari. Beruntunglah suami kakteh dapat isteri macam kakteh..^.^ FN pun bersyukur dapat kakak macam kakteh yang suka membuli adiknya yang serba-serbi tak pandai memasak. FN memang hajat untuk belajar memasak supaya dapat masak yang best-best untuk mak, suami dan anak-anak FN pada masa akan datang. Bak kata perpatah, "jika ingin memikat hati seseorang, pikat dulu tali perutnya"..huhuhu ^^, pernah dengar ker?? Oh yer, FN juga hajat pada lelaki yang pandai masak~(**,)

ok, sehingga bertemu kembali!!
wsalam..

Tuesday, January 18, 2011

Ku Harap Petunjuk-Mu dan Kekasih-Mu

Assalamu'alaikum wbt. Salam ukhuwah fillah kepada semua. Hmm..FN tak tahu nak post apa, tapi mind set FN nak cari terjemahan lagu "binnabil huda" yang telah dicadangkan oleh kaq fiqah kepada FN. 1st time dengar macam tak da feel sangat tapi bila da dengar berulang kali, FN terus tertarik. So, hampir setiap hari jugak FN bukak dari c3 FN untuk mendodoikan kujanggg@eqfal qardhawi. Jadi, hari ini FN sekadar mahu kongsikan lagu ini beserta terjemahannya yang FN cari kat pak cok google tadi.SeLAMAT mENdengar DAN SYUKRAN JAZILAN KEPADA AKAQ AFIQAH!!










Binnabil huda Ya Rasulussalam~(Dengan Nabi yang membawa hidayah)
Wayamursala rahmatan lil anam~(Wahai utusan rahmat sekalian alam)
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam~(Selawat salam pujian untukmu)
Wasohbika wattabi’inal kirom~(Para sahabat juga tabi’in yang mulia.)

* Binnabil huda nahnu jundul huda~(Dengan Nabi yang membawa hidayah)
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada~(Kami sambung perjuangan sucimu)
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda~(Berkorban jiwa raga untuk agama)
Li nashril huda Ya Rasulussalam~(Janji taat setia selamanya)

Ya Mustofa Rasullallah~(Wahai yang Terpilih, Utusan Allah)
Ya Sanadi Ya Sayyidi~(Kau sandaranku, Pemimpinku)

**Sollu..Sollu, sollu, sollu..~(Mari selawat beramai-ramai)
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad~(Ya Allah, selawat atas bagindaMuhammad, dan keluarganya)
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad~(Ya Allah, selawat atas bagindaMuhammad dan para sahabatnya.)

ulang *

Ya Shafi’ie Khuz biyadi~(Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku)
Ya Rasullallah, Habiballah~(Pesuruh Allah, Kekasih Allah)
Huwal Hadil Basyir~(Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.)

ulang **

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

wsalam ^^,






Saturday, January 15, 2011

Gaji Pertama..


Assalamu'alaikum diariku....
Lama betul take time untuk menulis semula.
FN actually dah mind set untuk menulis blog sekiranya FN sudah mempunyai laptop sendiri..jadi semuanya akan lebih mudah, tak de orang nak kacau.Now, I am really need this time to write...either I am not yet have laptop but I have a good time.

Let's start====> 28/12/2010

My first bestfriend, kak jidut.
Pada tarikh yang telah dijanjikaan. hari selasa, kak jidut dah janji nak ambik FN kat rumah palong dan hantar ke rumah alang. FN sebenarnya pada hari tu tidak berapa sihat tapi FN gagahi diri untuk pergi ke sana untuk membantu alang kerrana bermula esok 29-31/12 alang sibuk ada meeting di sekolah. Jadi alang minta tolong FN untuk menjaga anak-anaknya.

1st day====>
FN mulakan kerja dengan melayari laman facebook...hew.hew oleh kerana budak-budak tak bangun lagi. Then, tanje-tenje (dhia) mula merengek.."hek, hek...uwaaaaa". Apa lagi FN pun terus membuaikannya sampai dhia tertido semula. Kemudian FN menyambung semula membuang masa dengan melayari facebook...woha! Selepasx beberapa minit kemudian si Adib bangun meminta FN untuk membuka siaran kartoon,611. Ini sememangnya sudah menjadi santapan jasmani mereka. Then disusuli dengan Afiq yang sedang mamai baru bangun dari tidur telah menanyakan FN, "asu, afiq da tengok detective conan yang ni". FnN menjawab, "oh, yeke? yelah asu tak tengok lagi.." Sedang FN asyik menonton detective conan the movie, tiba-tiba si Afiq dan Adib bergaduh hanya kerana r"remote" dua-dua tak nak mengalah dan tak dimakan dek pujuk. Untuk berlaku adil FN cube meminta remote yang telah di rampas oleh Afiq dari Adib tetapi Afiq xtak bagi. Kemudian tangixsan Adib yang memeningkan kepala+menyakitkan telinga telah membuatkan FN hilang sabar dan telah bertindak kasar dengan Afiq untuk mendapat remote. Akhirnya FN yang pegang remote dan Afiq menangis dan mengamuk. Setengah jam kemudian, keadaan semakin reda, alhamdulillah!

Begitulah ujian hari pertama FN di sana. Pengalaman yang kelakar jaga budak apabila si Adib suruh FN buat MILO AIS! then, dia cakap.."asu,ermm sedap! sama macam mama buat.." heww.heww, budsk ni memang pandai berkata-kata+menject+mengambil hati FN. tHEN, SI aFIQ plak suka ajak FN main catur...Walaupun tak mencabar lawan dia tapi sekurang-kurangnya FN dapat melepaskan gian untuk bermain chess.

2nd Day====>
Wah, dah masuk hari kedua..sekejap jer! FN fikir mungkin hari ini lebih mudah untuk menjaga budak-budak tetapi sangkaan FN tersasar. Pagi-pagi lagi si Amanda da mengigau. Bangun je dari tidur terus melalak cari mama. Then, die boleh sampai keluar kat pintu pagar sambil melalak-lalak cari mama. Last-last FN angkat dia bawak masuk dan biarkan dia meratapi pemergian mama dia ke sekolah. Tidak lama kemudian, tiada lagi tangisan amanda kedengaran dan mood dia da kembali ceria. Oh, senang jugak! Si Afiq and Adib sangat mudah dijaga kerana FN tak perlu nak fikir makan, mandi or ape-ape keperluan dieorang kerana keperluan tu semua dah ditampung oleh siaran-siaran karton dan game, so memang senang keje FN.Tapi masalah yang menimpa FN pada ketika itu ialah mood Dhia Qaseh yang tak boleh diletak! nak berdukung jer, letih mak cik. FN rase dia macam sakit perut jer sebab kebiasaannya, dia la paling mudah dijaga., tapi hari ni FN letak jer, mula la die hekk,heekkk..aduh, letih jugak mendukung die sampaikan dia tertido atas bahu FN. Dan pengalaman yang paling pahit sekali ialah FN tak mandi dari pagi sampai petang, terpaksa tunggu mama depa balik baru FN mandi. Nasib baik la FN sempat untuk solat, alhamdulillah.

Last Day===>
Hari ini merupakan hari yang FN nanti-nantikan.Alhamdulillah, hari ni pun tak da keje sangat, juz bagi Dhia susu dan mandikan jer sebab lagi tiga orang tu abah die tolong jaga, nasib baik abah dieorang cuti hari tu. So, selepas dah selesai semuanya, FN pun siap-siap packing barang untuk balik ke rumah kak jidut. Dalam kurang pukul 10, my bestfriend, abang naza jemput, alhamdulillah! Kemudian alang balik pukul 11 lebih la, so 11.45 FN bertolakd dari KL ke Seremban. Jadi masa nak balik tu, alang dengan murah hati telah memberi hadiah@gaji selama tiga hari FN menjaga anaknya,alhamdulillah.seronok sangat!



Alhamdulillah, hasil daripada gaji pertama, dapatlah FN beli kasut idaman yang terbaik dan berkualiti! Jenama Sembonia, mesti korang semua ingat kasut ini mahal..(^_*)..(maaf, FN saje perasan sendiri,sebab ni la kasut pertama yang termahal yang pernah FN beli)..tapi sebenarnya tak mahal sangat pun sebab ade sale, dapat la 30%! Huhuhuh...I love it so much, sampai ade orang berniat nak ambik kasut ni kerana FN SAYANGKAN kasut ni.Selesa sangat pakai kasut ni, tak terasa panas pun, walaupun "berstokin" (tebal sikit dari sarung kaki) hitam.
Ok, FN undur diri dulu. sEE you later!

Wsalam.

Thursday, January 13, 2011

Sharing is Loving

Assalamu'alaikum wbt kepada semua para pengunjung yang dirahmati sekalian.
Apa khabar semua?? Harap-harap dalam keadaan yang sihat hendaklah.
'Alhamdulillah, malam ni FN terpanggil untuk menulis entry "sharing is loving" ini kerana suggestion dari kawan lama yang sama sekolah di SKPS, Ushna Syuhada.

InsyaAllah, malam ni FN akan menulis entry yang berlabel "hot oven". Agak-agak boleh teka tak ape maknanya?? Okay, selalunya bile dengar jer perkataan "oven". automatically kite mesti akan tertanya-tanya, bakar kek ke atau bakar kuih dan sewaktu dengannya lar. Confirm takkan lari dari memikirkan tentang "oven"=kek (mesti ada kene -mengena!

So, what I am going to sharing with you all and especially dedicated to my friend, Ushna is recipe layer of cheese cake, means kek lapis cheese (keju). Pernah dengar tak?? Kek ini sangat popular di Sarawak sebab kakteh FN dapat resepi ini dari kawannya yang berasal dari Sarawak. So, memang jarang lar dengar kek lapis cheese ini di semenanjung. FN rasa kalau kakteh tak buat untuk FN maybe FN takkan pernah tahu tentang kek ini, Thank You sifu! Pernah sekali FN buat untuk bagi kawan rase dan secara kebetulan memang rezeki ustazah Rosliza dan Cikgu a (maaf, tiba-tiba lupa name cikgu tu sebab cikgu tu tak mengajar FN) (n_n) kerana dapat merasa kek tu. Then, kedua-dua cikgu tersebut meminta resepi juga dari FN. Yang FN terharu tu ustazah tak pernah rase dan dengar tentang kek ni dan die betul-betul sukakannya, alhamdulillah!
Seronok yer bila dapat sharing sesuatu yang baik dengan seseorang, that why this tittle "sharing is loving"

Actually, for yours information; to make this cake is very easy, as simple as abc!!! Nak tahu kenapa?? okay, pernah makan kek batik sawa?? Ha,lebih kurang sama cara nak buat kek lapis cheese dengan kek batik sawa!!

Okay let's start==>


Bahan-bahan utama:
**350g cream cheese (tak kisah jenama ape)
**250g reduce cream or whipping cream (mana2 salah satu)
**250g butter ( 1 buku la )
** 1 cawan gula ( gunelah cawan yang minum teh tu)
**1 bungkus Biskut merry

Cara-cara:
1.Putarkan cream cheese+reduce cream+butter+gula sehingga kembang.(+10 minit)
2.Ambil plastik or kertas minyak, letakkan didalam loyang yang hendak digunakan.
3.Mulakan dengan melapis cream cheese yang telah diputar sehingga kembang tadi sehingga memenuhi ruang di dalam loyang.
4.Kemudian susun atur biskut merry sehingga memenuhi ruang loyang.
5.Ulang langkah *3 dan *4 secar berselang-seli sehingga cream cheese habis di gunakan.
6.Last but not least, masukkan cake tersebut didalam peti sejuk








ok, da siap masuk dalam peti sejuk untuk dibekukan. Kek ni tak perlu bakar yer!!
juz masukkan dalam peti sejuk dan boleh lah dimakan.


Cara-cara nak buat coklat Ganache:
*(coklat ganache ni sebagai hiasan atau topping, untuk menambahkan keenakan rase)

**coklat masakan ( ikut suka hati la nak masak berapa gram,"agak-agak la")
**whipping cream o reduce cream ( +/- setengah daripada isipadu sebenar)

caranya, boiledkan kedua-dua bahan sehingga coklat cair dan siram diatas kek lapis cheese yang telah dibekukan!


Naaaaa..siaplah sudah kek lapius cheese kita..then boleh lar letak sebarang hiasan mengikut citerasa anda..
SELAMAT MENCUBA..

See You later..
Wsalam (^_*)

Lembaran BARU!!!




Assalamu’alaikum wbt..
Alhamdulillah,,setinggi-tinggi kesyukuran FN ucapkan kepada Allah swt kerana masih lagi dipinjamkan nyawa yang sangat berharga ini untuk membuka lembaran baru bagi blog yang sudah sekian lama terbengkalai ini.

Alhamdulillah juga kerana FN sudah berjaya transfer entry-entry yang lama kepada blog baru ini. Hal ini kerana blog lama ”Mencari Cahaya Cinta-Mu” ade sedikit masalah yang menyebabkan FN terpaksa mengambil keputusan untuk men”delete” blog tersebut. Untuk pengetahun sahabat-sahabat sekalian blog baru ini telah di”upgrade” seperti

Mencari cahaya cinta-mu+English diary milk=MUSAFIR CINTA ILAHI.

Alhamdulillah,, segala puji bagi Allah yang Maha Esa..kerana FN dapat ”open blog” ni yang kini sudah berwajah baru (^_^) untuk berkongsi sedikit ilmu atau mungkin pengalaman or maybe ceritera yang boleh diambil pengajaran bersama. InsyaAllah..

"Pegang 'batu kesyukuran'...ucapkan 3 kesyukuran....”
Ingat lagi tak entry ni..huhuhu..

Jadi saya da ucapkan 3 kesyukuran, korang dah ke belum..?.Sebenarnya banyak ye nikmat kesyukuran yang Allah berikan kepada kita, Cuma kite je kadang-kadang lupa untuk bersyukur kepadanya?? Jadi, cubelah ucapkan alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran kita padanya sekurang-kurangnya 3 kali. Tak perlukan batu kesyukuran pun tak pe kalau kite sentiase ingat untuk mensyukuri setiap nikmatnya.

InsyaAllah, dengan bermulanya entry ini, maka bermulalah ”blog walking Musafir Cinta Ilahi 2011”. Jadi, di sini saya ingin memberitahu bahawa recently post entry Jan 2011 sebenarnya adalah entry yang lama dalam blog Mencari Cahaya Cinta-Mu yang telah saya pindahkan. Harap maklum.

Okay, saya tak sabar nak mulakan entry yang baru.Maybe selepas ni, sehingga bertemu kembali.. See you later!
Wasalam.

Foto ComeL ^^;