assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Showing posts with label haDitH N falSafAh. Show all posts
Showing posts with label haDitH N falSafAh. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Makna sebuah HADIAH



Assalmu'alaikum...
Islam menganjurkan umatnya agar saling mendekatkan hati,saling bersaudara dan mencintai satu sama lain. Antara cara yang disarankan ke arah keakraban itu adalah dengan memberikan hadiah. AAmalan ini dikatakan mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan, menenangkan kemarahan dan melenyapkan rasa iri hati dan dengki.

Hadiah akan membawa kesan perdamaian,rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. Disebabkan itu juga , Rasulullah menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini adalah pengaruh tersendiri.

Baginda bersada yang bermaksud,
"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai."(Riwayat Bukhari)

Pesan Baginda lagi,
"Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..."(Riwayat Ahmad dan Bukhari)

Dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak oleh Rasulullah adalah wangi-wangian. Malah Rasulullah ada juga berpesan mengenai hal ini,
"Siapa saja yang dihadiahi 'raihan' (wangi-wangian), maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa, namun sedap baunya." (Riwayat Muslim)

Pemberian hendaklah didahulukan kepada kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri. Selain itu, boleh juga mendahulukan orang yang dekat di hati kita. Imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, telah mengetengahkan dua hadis . Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan pemberian hadiah kepada pak cik dari sebelah ibu dan yang kedua ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patu didahulukan , beliau menjawab,"Yang paling dekat pintunya dengan kamu.

Balas budi melalui DOA

Assalamu'alaikumm..
Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain. Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untuk menabur budi, menerima budi yang diberikan orang lain.

Bagaimana kita ingin membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita??

B
erbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik.

Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah yang dikatakan, orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.

Rasulullah bersada yang bermaksud:
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur" (Riwayat Tabrani)

Mulakan dengan BISMILLAH



Assalamu'alikum...

P
erkataan Bismillah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (saqar) seperti firman Allah dalam surah al-Muddathir:27-30 yang bermaksud:
"Dan apa jalan engkau dapat mengatahui kedasyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanye dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus);Ia terus membakar kulit manusia!; Pengaawal dan penjaganya adalh sembilan belas (malaikat)."

Alim ulama mengatakan bahawa mengucapkan Bismillah dalam setiap permulaan urusan seperti makan,minum,memakai pakaian dan bersuci adalah sunat. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-An'am:118 yang bermaksud:
"Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya."

Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang bermaksud:
"Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilahlah pintu dan padamlah lampu kerana dengan demikian syitan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmallah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka." (Riwayat Muslim)

Sementara itu, Imam al-Qurtubi dalam kitabnya, Tafsir al-Qurtubi, menyatakan, diriwayatkan daripada Waqi' daripada al-A'masy daripada Abu Wail daripada Ibn Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu."

Harta, Wanita dan Angan-angan









Asssalamu'alaikum..

K
ebendaan hanya wujud ketika manusia ada di dunia. Tetapi jika sudah mati, segala-galanya ditinggalkan dan tidak boleh dibawa mati. Jika harta diperoleh dan dipergunakan ke jalan yang diredhai Allah, pasti harta itu dapat membantu si mati di akhirat kelak. Tetapi jika sebaliknya, tidak dapat kita bayangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Selain harta, ulama pernah berpesan bahawa wanita juga boleh menjuruskan seseorang ke lembah kehancuran. Manusia yang gagal membendung hawa naafsu memang sudah terjebak dengan pujukan syaitan agar melakukan perkara yang tidak senonoh dan terlarang terhadap wanita.






Justeru, ulama pernah berpesan:
*Jangan mengikat hatimu dengan wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.
*Jangan mengikat hatimu dengan pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hari boleh jadi hak orang lain . Maka, jangan suahkan dirimu untuk kesenangan orang lain . Hal ini kerana senangnya untuk orang lain dan tanggungan dosanya engkau tanggung sendiri.
*Jika hatimu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan terjurus untuk menurut hasutan syaitan.
*Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hatimu sebab hati seorang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.
*Jangan membuat sesuatu hingga benar-benar mengerti bagaimana menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.

Selain itu, umat islam perlu menghindari amalan terlalu berangan-angan hingga melupakan akhirat dan mengikut hawa nafsu. Sayidina Ali Abi Talib pernah berkata:
"Yang saya khuatirkan atas kamu dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurut hawa nafsu. Hal ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurut hawa nafsu itu menghalang daripada kebenaran (hak)."







Pesan ulama, sesiapa yang mengurangkan angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan, iaitu:
*Dikuatkan untuk taat, sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran.
*Dengan itu juga dia akan rajin melakukan ketaatan dan bertambah banyak amalnya.
*Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.
*Redha dengan kehidupan sederhana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu banyak mencari dan sememangnya ditujukan untuk akhirat.

Wsalam..

KATA-KATA Yang Baik

"Sesungguhnya kata-kata itu adalah Doa"


Assalamu'alaikukumm...

Marilah kita H
ayatilah kata-kata pujangga, maruah seseorang terletak pada lisannya (kata-katanya). Islam adalah agama yang amat mengambil berat mengenai maruah dan harga diri. Disebabkan itu, islam memerintahkan umatnya supaya menjaga lidah dengan mengeluarkan perkataan yang baik-baik. Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud,
"Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji." (surah al-Hajj:24)

Perkataan yang baik bukan sekadar kata-kata molek yang keluar dari mulut seseorang. Tetapi ia juga merangkumi bentuk sedekah yang bermanfaat, yang boleh digunakan untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kebahagiaan abadi. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Dan ucapan yang mulia itu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkataan juga diibaratkan mata pisau yang tajam. Perkataan yang dikeluarkan akan mencerminkan nilai dan darjat individu. Disebabkan itu Rasulullah pernah berpesan,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan baik atau mendiamkan diri saja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga menegaskan perkataan yang baik memounyai nilai yang sama dengan amalan soleh. Hal ini seperti sabda baginda yang bermaksud:
"Peliharalah diri kalian semua dari api neraka walaupun hanya dengan memberi sebiji kurma. Oleh itu,sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia menggantikannya dengan perkataan yang baik." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Wsalam..

NILAI Seorang Manusia..

inspirasi muslimah,quotes

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu."

Nilai manusia yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya, sesekali bukan pada rupa paras. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita dan begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.

Niat bermaksud tujuan sesuatu perkara yang dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya. Sesuatu kebaikan yang ada 'udang di ssebalik batu' tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Ikhlas adalah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah.


I
khlas dalam kerja bermakna dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar 'melepaskan batuk di tangga' atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan. Bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah yang diwajibkan ke atasnya dan harus dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan.

Bekerja dengan niat yang ikhlas, dapat meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu. Keikhlasan itu dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan di akhirat. Itulah yang kita harapkan.


WSALAM..

3 PERKARA Penyelamat & Pembinasa


aSSALAMU'ALAIKUM...


Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar juga untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri sejauh mana kite melihat peranan kite sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada ALLAH ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."

3 perkara yang memberi keselamatan kepada manusia iaitu:
1.Sentiasa menjaga tingkah laku kerana Allah Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan. Malah setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagian tau ditimpa celaka dalam hidupnya.
2.Berlaku adil, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa wujud diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk saja, malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.
3.Berjimat cermat
ketika susah dan senang, kerana amalan ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.

Selain itu , Rasulullah turut berpesan mengenai tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu:
1.Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
2.Bersifat kedekut sehingga meyebabkankan orang lain membenci dan menjauhinya.
3.Kagum dengan diri sendiri, ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta menghina orang lain, menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat. Ketahuilah, setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliaannya.

Tuntut ILMU Satu Kewajipan




Assalamu'alaikum,salam ukhuwah dan salam mahabbah!
Semoga kalian semua sentiasa dibawah naungan kasih-sayangNYA.
Insyaallah,hari ni ana akan post entry yang FN copy dari majalah NUR..
Moga-moga, sedikit sebanyak kite dapat perolehi manfaat darinya..


Ilmu pengatahuan adalah punca kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa. Disebabkan itu, umat islam digalakkan supaya berlumba-lumba dengan bangsa lain bagi menuntut ilmu untuk kemajuan dan kebaikan masa depan. Ini kerana dengan hanya ilmu pengetahuan, yang dapat menjamin kemajuan dan ketinggian umat islam.

Umat maju dan tinggi taraf hidupnya kerana mereka dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang. Umat mundur kerana jahil daan tidak berilmu pengetahuan. Demikianlah perbandingan yang ketara antara$ orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Dalam sebuah hadith, Abi Darda' berkata:
"Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang menjalani satu jalan kerana menuntut ilmu dalamnya pengetahuan, ALLAH membuka satu jalannya ke syurga. Sesungguhnya malaikat menghentikan sayapnya sebagai tanda hormat kepada penuuntut ilmu pengetahuan dan sesungguhnya seorang alim memohon baginya siapa yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi hingga ikan di air. Dan keutamaan seorang alim ke atas orang biasa umpama keutamaan bulan ke atas cekerawala yang lain. sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Sesungguhnya Nabi tidak meninggalkan wang ringgit, bahkan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan, Maka sesiapa yang mengambilnya mendapat keuntungan yang banyak."

Firman ALLAH yang bermaksud:
"ALLAH mengangkat darjat (kedudukan) mereka yang beriman daripada kamu dan mereka yang menuntut ilmu." (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Demikianlah pentingnya menuntut ilmu dan bergunanya pada orang islam sehingga ia di letakkan pada taraf wajib. Ini jelas pada sebuah hadis daripada Anas bin Malik, katanya:
"Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap umat islam. Dan orang yang meletakkan ilmu bukan pada tempatnya adalah seperti orang yang menghias babi-babi dengan permata, mutiara dan emas." (Riwayat Ibn Majah dan lainnya)

Alhamdulillah...
Wsalam

Foto ComeL ^^;