assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, March 3, 2011

Uniknye lesen L FN...~~

Assalamu'alaikum semua? Apa khabar orang utara .. orang melaka .. orang polannd .. oghe kelate dan semualah yang sedang membaca blog hambo ni. Alhamdulillah! FN bersyukur sangat kerana diberi kesempatan untuk mengupdate blog kesayangann ni.

So..harini FN juz nak berkongsi cerita tentang test JPJ haritu. Al-maklum bila dah namanye test siape yang tak cuak+gentar+ngeri..FN rasa normal la kan perasaan macam tu?

Setiap pengalaman yang berlaku dalamm hidup FN.. FN seboleh-boleh nak rekodkan dalam blog ni..lebih;lebih lagi kalau pengalaman manis yang berbentuk kejayaan seperti entri kali ni. Bukankah kebahagiaan tu perlu dikogsikan?? hihihi..entah la..ni memang sifat FN yang suka berkongsi cecite (cerita) dengan orang..kalau FN percaya pada seseorang tu..memang FN akan cerita semuanyalah kecuali perkara2 yang mengaibkan!..tak da lah FN nak cerite der...hihihih..

Actually FN dah siap tulis dalam diari untuk entri kali ni..tapi tula..dalam diari lain...takpelah copy jelah..hihihi..nak cepat~~
from diari coklat:

17/2/2011 (khamis)

Alhamdulillah.setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kehadrat Ilahi kerana berjaya lulus JPJ hari ni. Bahagia sangat.. tak sangka lepas ni ana boleh bawa kereta pergi bandar..(skemanye ayat "bandar" hihihih) contoh bandar terdekat dengan poland ialah Pasir Besar.Gemas.Bahau..mesti seronok! hihihi.. Lepas ni boleh la bawa mak dan abah balik kampung. Best jugak jadi driver dieorang..time ni la nak berbakti..semmetara ana tak bekerja .. tak study .. dan tak kahwin lagi ni...huhuhuhu..

Hari ni ana puasa ganti+puasa sunat hari khamis (boleh gabungkan niat tu)? hihihi...memang agak letih menunggu.. giliran FN no 4 tapi sesi 2 yang start pukul 12.00..tapi test pukul 1.15..memang dah lemah FN time tu sebab cuaca panas air dalam badan pu dah dihidrasi dan tenaga dah digunakan utuk setiap pergerakan yang dilakukan ..tapi tu semua taklah menggugat semangat ana untuk buat yang terbaik dalam test tu..hihihi..

Ana perasan minggu ni abang-abang JPJ tu baik sangat..hihihihi..sebab dieorang tak da pun tengking-tengking macam minggu lepas...ada tu FN perasan ada calon yang tak pass bukit masih diberi peluang dan kalau salah pun abang tu cakap baik-baik je..terharu sungguh ana.. then masa turn ana..di 3 penjuru actually an ade buat silap sikit tapi abang tu buat tak nampak je dan ana pun buat muka tak bersalah lalu meneruskan test..so.. alhamdulillah..berjaya juga! =)) Terima Kasih sangat kepada abang-abang jpj yang baik.. iaitu Abdul Ghani bin Ali dan Mohd Ridzuan bin Che Ri...korang memang baik...!!! Oh ye ade ser lagi tapi ana tak tahu namanya sebab tugas dia untuk sahkan kad test..so ana yang dah terlalu gembira tak perasan nak tengok nama die tapi yang pasti dia duduk palong 3 soo ana gelar die abang palong 3...hi hi hi...

Yang ana terharu dengan abang palong 3 ni..bile die tengok lesenn L ana die serta-erta ingat ana..hhuhuhu...nak tahu kenapa??? sebab lesen ana sangat unik...masa die nak tandatangan kad test tadi..die cakap:

"eh kammu! (lepas die tengok lesen L ana) saya ingat kamu ni!!! Lesen kamu berseni ye? unikla...~ lepas ni..simpan tau lesen ni..nati boleh tunjuk kat cucu"

huhuhu...lagi satu..ana tak tahu pulak abang palong 3 ni ade perhatikan ana dari pagi tadi sebab time ana sedang menunggu giliran..tiba-tiba..abang tu tegur:
"awak baca buku ape ni? dari pagi tadi lagi saya tengok awak baca buku?"

hihihih...buku apalagi kalau bukan buku PMJ- Di mana DIA Dihatiku....best! Ana betul-betul risau jikalau ana tak lulus minggu ni. Setiap kali ana doa..dan terfikir balik yang ana gagal+kereta mengundur+kene tengking..mesti nak menangis..kadang-kadanag tak sedar..ana rasa kalau ana tak lulus minggu ni...tak taulah! rasanye tak sanggup nak lalui kesedihan tu! then..rasa macam tak nak balik rumah je kalau ana tak lulus..so..azam ana.. ana nnak lulus dan ana yakin ana boleh lulus... then..pada masa tu ana memang tengah tulis nazar untuk spm so terus tambah nazar kalau ana lulus JPJ..ana nak belanja fammily ana satay...(hihihih...alhamdulillah..dah tunaikan)!


kenapa jadi macam ni??? unik tak?? hihih...actually...masuk air ni...time tu hujan!

SO...all in all..ana bersyukur sangat dah luluss..Terima kasih ya Allah.. ^p^
ok..sehingga berjumpa lagi.. ;p
wsalamu

Thursday, January 27, 2011

Selamat Tinggal SaYANGku~

Assalamu'alaikum semua? Salam sukses dan salam ukhuwah fillah FN ucapkan! Alhamdulillah, FN masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog "kesayangan" FN ni untuk yang terakhir kalinya. mungkin~Oh, mood da sedih tahap karma ni, tetapi kugagahi juga jari-jemariku untuk menari di keyboard ni, kerana terlalu banyak kenangan bersamamu SAYANG!

Jomla kenal bersama si manja comelku sayang! ^^,

*Nama diberi M.Uwaisul Qarny. Umur tahun ni 5 tahun.
*Dia dipanggil dengan gelaran "anyah" dirumah kerana dia merupakan anak nombor 2 dan anyah juga merupakan anak buah kesayangan FN yang nombor 2!
*Angah ni sangat manja dengan FN!
*aDA Story sikit tentang anyah ni. Dulu anyah ni anti-perempuan, die macam tak suka sangatla kat mak saudara perempuan ni, tp an cube jugak usha die. Lama-lama, dia macam malu&suka dengan FN. Memang pelik. Sebab ada masa die manje dengan FN dan ada masa dia takut dngan FN.
*Tapi, sejak FN duduk kat sini, dia sangat terlebih manja dengan FN.Kadang-kadang dia berbisik dengan FN untuk mintak sesuatu dengan gaya yang manja dan menggoda..heeeeeee ^_^..(geli+suke)
*Lepas tu anyah selau suruh FN buat susu untuk dia, dia seboleh-bolehnya tak nak orang lain yang buat melainkan FN, nak tahu tak ayat die macammane?
*asuu, asuuu buat susu nga sedap!
(dengan mimik muka yang kesian, aduh, cair asu nyah)

*OK, ada satu cerita yang kelakar sangat! nak tahu? hihihih~
Pada suatu hari, FN geram sangat tengok pipi anyah yang semakin tembam. FN pun ciumla. Then, ayah cakap, "eeee..(dengan nada yang suka) asu cium anyah! asu nak kawin dengan anyah eaa?" hihihih~ FN pun jawab, "a'ah, asu nak kawin dengan anyah!" Ha, terus senyap dan dia tersipu2 malu..^.^<

* Dan tadi ade lagi perbualan yang menyedihkan+melucukan antara FN dan anyah;
ANYAH: asu, asu dah nak balik dah?
ASU: yer, anyah! asu nak balik dah! tinggallah anyah sensorang~
ANYAH: takkk!! asu janganlah balik. Nati sape nak jaga anyah! Anyah tak boleh nak jaga kakak! haa, adik tu sapa nak jaga? anyah tak buleh! nanti sapa nak buat susu nga sedap~
ASU: tak boleh la anyah sayang, asu dah beli tiket,asu kena balik! takpe nanti ada acik datang jaga anyah, OKAY!
ANYAH: ala, anyah tak nak! asu, anyah nak kawan dengan asu~ anyah sayang asu~ anyah nak kawin dengan asu~
ASU: (terharu+tergelak-pandai pula dia bermadah) (*_*)
* * *
*Okay now, kita continued dengan adikkk!
*Nama dipilih oleh asu, Ilham datang dari nama ulama', Ulama pilihan Yusuf Qardhawi, so nama diberi Eqfal Qardhawi.
*Tapi, FN gelar die adikk@kujanggg kusayang, then seorang inspektor sahab pelik,! die tanye, kenapa nama dia sedap-sedap tapi panggil kujang? hujah FN, actually "kujang" tu diambil dari panggilan "ujang" yang kebiasaannya digunakan oleh orang negeri sembilan untuk menggelarkan anak lelaki mereka. Then FN saje tambah "K" di awal namanya untuk merasakan kelainan!
*OK, gelaran "adik" pun FN yang bagi sebab FN nak feel kononya kujang ni adik FN...HIHIHIH>>^_*.al-maklum, kita takda adik~

*Ok, Adikk ni sebenarnya adalah nak buah kesayangan FN yang pertama~ YELAH,sebab dia adik FN kan..hihihii,,(gurau~)
*Adik ni pun manja jugak dengan FN! Lepas tu, dia ni kelakar! Geram sangat tengok telatah dia..dan FN suka sangat cium die..gerammmmm~!
*Selalunya adik ni suka gigit FN! Taktik yang dia guna! mula-mula, dia datang kat kita! dengan geseran manja~ sampai jer part yang dia geram...die akan mula menggigit mangsa dia..hahhahah..(budak2! biasalah...gusi dia tengah gatal~) "don't think out of box"...^.^<
* Hmm dia ni sangat aktif, macam ala-ala hyper gak..tapi tak teruk sangat!! Tak tau dah FN nak cakap ape~hiihihi


**Okay, sayang-sayang asu, anyah dan adik, asu doakan anyah dan adik jadi nak yang soleh serta taat kepada perintah Allah.Dan asu doakan semoga sayng-sayang asu ni akan menjadi mujahid yang bersedia untuk menegakkan Islam untuk menentang musuh-musuh Allah~ amin..Ohh, terlupa asu...(hihihihi)..., along dan kaklang! maaf, no point lagi untuk cerita tentang along dan kaklang sebab asu da ngantukk~ tapi asu tetap sayangkan korang jugakkk..ok,! doa asu sama juga seperti anyah dan adikk! semoga sayang-sayang asu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah! amin~

SELAMAT TINGGAL....selamat tinggal??
eh, teringat FN sesuatu.."selamat tinggal bahagia atau tidak"
Terima kasih, SAYA BAHAGIA~
dan yang FN sangat pasti, "sELAMAT tINGGAL sAYANGKU" 2x ganda lagi sedih daripada "selamat tinggal" yang dulu~ Asu pasti akan rindu kat sayang-sayangku! dan niat dihati ni nak jer bawak adik balik sekali...hihihi..(^_*)..
OK, mari layan telatah si comel sayangku ni!!


**kaklang! seorang yang pemalu~kadang2! dan agak keras kepala...hihihihi...cakap dengan dia mesti lembut2~ dan seorang yang banyak tanye!!! Semoga menjadi nak yang solehah yer kaklang ku sanyangg!



**adik-adik sedang membuli along yang nakal..^_*

**adikkk...di pangkuan asu...suka dia!

*inilah yang kek yang tak berapa nak comey asu buat untuk sayang-sayang asu~

**beginilah setiap hari, asu dodoikan adikkk, dengan membuka mp3 didalam hp asu yang mendendangkan alunan zikir,ayat al-quran dan lagu nasyid.."terbaik"!!

OH YER...my beloved blog, tak tahu bila kita boleh jumpa lagi..lepas ni FN tidak ada masa dan peluang untuk online oleh kerana di rumah tiada internet dan laptop! Oh, bagaimana la hidup FN nanti tanpa internet, fb,blog, ceramah ustaz Kazim,MFB, etc..Oh, Ya Allah aku redha dengan segala ketentuanmu~ aku sentiasa yakin dengan kalamMU

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui~ surah al-Baqarah:ayat 216"

INSYAaLLAH FN boleh hidup tanpa internet! Cukuplah Enkau bagiku sebagai peneman dan kalamMU sebagai penghibur dan penenang hati! Dan FN yakin bahaw ada hikmah yang baik tersembunyi dalam setiap ujianMU. FN REDHA ya ALLAH..amin..Doakan FN dapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM 2010! amin dan FN nak sambung belajar dalam bidang perubatan! insyaAllah! amin~



**sehingga bertemu lagi, jika FN panjang umur!
wsalam..(T.T)

Blueberry Cheese Cake~FN,^^,

Assalamu'alaikum semua..^_^<

Hari ini FN nak kongsikan resepi kek favourite!!
Jom layannnn=> (kek kat sebelah ni kakteh yang buat, kek yang FN buat pun camnilah hasilnya) ^^,

Bahan-bahan ( loyang kek 8 inci.. )
BAHAN A
200gm biskut digestive (blender~biskut marrie)
110gm mentega (dicairkan)

BAHAN B
500gm krim keju Philladelphia
30gm butter
200-300gm krim segar (whipping cream/fresh cream/reduce cream)
4 biji telur (pukul sikit)
30gm tepung jagung
120gm gula kastor
1 penutup perasa lemon. (kalau takda pun takpe, letak esen vanilla pun boleh bahh)

BAHAN D
2 sudu besar blueberry filling (last sekali, sebelum bakar~ letakkan dalam adunan)

Cara-cara

  1. Bahan A~Satukan biskut dan mentega. Ramas hingga sebati dan padatkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu.Bakar selama 5 minit dan sejukkan. (Ini dinamakan sebagai basenya)
  2. Putar cheese+butter+gula+perasa lemon sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum+whipping cream dan telur dan putar sehingga sebati.
  3. Masukkan blueberry filing dan gaul sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang biskut tadi. steam-bake kek ini selama 90 minit dengan suhu 170 darjah. Balut loyang dengan kertas timah supaya tidak dimasuki air.
  5. Setelah masak, biarkan kek dalam oven selama 1 jam sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan kek ini dalam peti sejuk. Kek ini sedap dimakan apabila sejuk.
OK, kawan-kawan, semoga bermanfaat untuk kalian. Kalau konfius, boleh tanya FN secara personal, insyaAllah..
Selamat mencuba~
See You LAter..*_*
wsalam.

Sunday, January 23, 2011

Last Holiday di Sabah (T.T)

">Assalamu'alaikum kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog FN yang serba-serbi kekurangan ni. Haa, apa khabar semua? FN sentiasa mendoakan bahawa pengunjung blog FN ni sihat-sihat selalu dan ceria selalu macam FN =) huhuuuhu.. Hmm..hari ni 23/1 kan? lagi 6 hari jer FN duduk di Sabah ni,. Lepas tu FN da nak balik poland dah. So, disebabkan cuti di sini mahu habis~ so, kakteh pun bawa FN jalan-jalan di Sabah!

**anyah memang manje dengan FN~

How to start this story? hmmm, okay, FN cerita dari mula FN bangun pagi semalam (22/1). Bangun je dari tidur semalam time tu FN rasa mcma ada orang cakap dengan FN yang tengah mamai tu, nak tau dia cakap apa???
"dik, nanti ko tolong masak ye, kakteh nak pergi sekolah ni"
FN pun dalam keadaan mami bangun dan menjawab,
"yer2"
then, FN bangun denagn tak sekaronya, FN masuk dapur untuk masak!
Mak dengan muka terkejut nampak FN yang baru bangun, terus je nak masak!.hihih bersemangat giler. Tapi mak peasan suruh FN mandi dulu.So, untuk menjadi anak yang solehah di akhir zaman ni, FN pun turut sahaja kata mak dan berlalu masuk bilik air untuk mandi.

Selepas sahaja mandi, FN tak lengah..sarapan dulu,ambil tenaga dari beehun goreng yang sempat kakteh masak pagi tu, then baru mulakan operasi main masak-masak 2..huhuhuh..FN macam biasa, sentiasa excited kalau bab masak-memasak ni, sampai anak-anak pun FN tak pedulikan, lantik p la kat hang...>^.^<
So, as usual,mak da tolong siang ikan and start goreng. Tugas FN sediakan bahan-bahan dan masak pulak..So, hari ini menu bertambah menjadi 3. Let's the photos story to you~Biarlah foto yang berbicara...^.^

**Ini sandwich FN yang buat tapi tak semua la~
Sartdin sambal made by kakteh.Then, SANDWICH salut telur pun kakteh yang goreng.
Tugas FN juz potong 2 roti yang tebal ni sampai terluka dua jari hantu n jari manis di tangan kiri FN ni. Kemudian FN giling roti tersebut sampai nipis, then masukkan sardin dan gulung~
Nampak macam mudah, but it doesn't eaSY as you imagine...huhuhu..
OK, sandwich ini FN buat last sekali selepas masak., sebab sandwich ni kami nak tapau bawak bekal on the way ke KUndasang.

**Okay, this is my third lauk yang FN masak, iaitu goreng sayur bayam.
Not bad,semua cukup dan sampai terlebih garam sikit..hihihih, ^^,
Tapi bila makang dengan nasi, it's okay,still under control...That is my second time rasanya FN masak sayur. Dulu, masa di palong, FN pernah goreng sayur kangkung, tapi trlupa nak letak garam, but still dapat backup dxengan ikan bilis yang banyak dan terasa masin ikan bilis.
Yang FN terharu sangat pada masa tu, mak FN takda' pun mengkritik sayur tawar yang FN masak tu tetapi sebaliknya, mak FN memuji yang sayur tu sedap..Pandai mak FN mengambil hati FN dan pada masa yang sama, tak pula mengaibkan FN, malah menambahkan semangat FN untuk memasak lagi.."segala puji bagi Allah", THANK YOU MOM..(*0*).

**Lauk kedua, cam haritu jugak bezanya, yang ni FN ingat nak letak bawang besar,..hihihi
"sambal ikang"-FN rasa yang kali kedua ni better la..
Act. FN dah banyak kali masak sambal ikan ni, tapi sambal ikan semilang dan yang paling kelakar pada masa tu..bila FN dah masak, mesti FN tak selera nak makan..^.^<.hihih
Lepas tu, FN da tahu dah, kenapa sebelum ni FN masak sambal ikan, mesti tak jadi..
Haa, nak tau kenpa.? Sebelum ni, FN kalau masak mesti tumis, bahan-bahan yang dihiris halus tapi tak tumbuk pun..patutla, macam tak jadi yer. Pahtu macam kering jer. So, now, sambal ikan, FN da lepas masak.^^,


**Nyumm222~ the marvellous food made by FN..hihihi..
Actually, FN ni "hantu udang" sebab FN memang suka giler makan udang.
Haritu masa di palong, FN masak udang guna bawang yang sudah dibelenda tapi hasilnya, dah la sambal tu rada bawang jer, kalau seimbang takpe gak, tapi ni terasa terlebih bawang putih..hihihi..memang fail betul time..


So, selepas sahaja masak, Kami pun bersiap-siap untuk gerak ke Kundasang. Perjalanan ddari Kudat ke Kundasang memakan masa selama dua jam lebih. Dan FN di fahamkan bahawa keadaan cuaca di Kundasang sangat sejuk dan berkabus seperti di cameron highland. So, I'm very excited ma..So, 1st tempat yang kami singgah ialah Ranau. Disan kaya dengan dengan jualan sourvenir.buah nenas yang manis-manis dan pelbagai jenis pisang yang ada dijual.Memang best juga kat sana.

Kemudian perjalanan di teruskan ke destinasi yang dituju iaitu Kundasang, setiba sahaja disana, BANGTEH TELAH MEMBAWA KAMI MASUK KE tAMAN kINABALU. Pelancong yang berumur 17 tahun ke atas perlu membayar 3rm dan 17 tahun ke bawah pula 1rm.Kemudian bangteh menyusuri taman kinabalu sampai ke tempat mendaki gunung kinabalu.Then, macam biasa la, kami pun take a photos.

Now, jam menunjukkan pukul +-5 la, so, bangteh memecut laju NBN 930 menuruni bukit tersebut dan singgah sebentar di bahagian utama taman kinabaku for take a view mount of kinabalu tapi gunung kinabalu sudah pun dilitupi oleh kabus. So, tak berapa nampak sangat.
After that, kami teruskan perjalanan dengan mencari tempat berteduh. 1st place, Nabalu Lodge Cafe & Bakery tapi kakteh macam tak minat, then teruskan lagi pencaarian di Kinabalu Pine Resort...hihihi, itulah hajat di hati kakteh sebenarnya,. Lagipun, disitu ada ruang yang cantik untuk melihat pemandangan gunung kinabalu. Tetapi itulah, tiada rezeki kami, bilik full..so, pergi semula ke Nabalu Lodge..no choice! sebab tu saje yang terbaiknye pada pandangan kakteh.
Alhamdulillah, sampai di tempat penginapan, kami rehat, solat dan makan bekal yang makanan yang FN masak tuh, dalam keadaan yang kebuluq! habis lauk-lauk tu FN makan, anyah pun bertambah-tambah makan...hhihih ^^,
* * *
So, esok (23/01~ahad) kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Destinasi kami ialah Pasar Filipin. Bunyi macam best, tapi memang best giler. Disana, terdapat pelbagai jenis kraftangan, gelang, keychain etc. Mata FN da rambang da tengok gelang yang diperbuat daripada mutiara dan pelbagai jenis keychain sabah yang cute-cute. So,bila dah nampak, sourvenir ni, teringat pulak wajah-wajah insan yang tersayang di semenanjung. Jadi, FN rasa ingin benar membeli sourvenir untuk mereka-mereka yang mempunyai ikatan fillah dengan FN. Teringat FN tentang satu hadis yang berkaitan dengan hadiah,yang maksudnya lebih kurang "apabila kita memberi hadiah, kita akan saling menyayangi" sat FN cari kat Pak cik google:

**Sabda Rasululloh SAW, “Hendaknya kamu saling memberi hadiah. Sesungguhnya pemberian hadiah itu dapat melenyapkan kedengkian.” (HR. Tirmidzi dan dan Ahmad)

**“Saling berjabat tanganlah kalian, niscaya akan hilang rasa dengki; dan saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian kalian akan saling mencintai dan akan lenyap rasa permusuhan.” (HR Malik).

**Rasulullah s.a.w bersabda“Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai“

okay, inilah yang FN jumpe den copy sebagai rujukan pengunjung blog ini.Hmmm, then, teringat kata-kata kakteh, "takpa, duit tu boleh dicari"..MEANS, janganlah, takut sangat nak keluarkan duit dalam perkara yang baik, conthnya bersedekah dan memberi hadiah kerana pahalanya sangat besar.
So, lepas ye beli sourvenir tersebut kakteh terus ajak ke pasar yang menjual kueh cincin coz mak nak beli jugak ole-ole untuk jiran-jiran and anak-anaknya.Kemudian bangtaeh cari kedai makan untuk makan tengahhari.
On the way nak balik, perjalanan kami ditemani dengan hujan rahmat, so, time-time macam ni, kami semua tidur dengan nyenyak sekali tetapi bangteh sangat keletihan dan kadang-kadang dia berhenti untuk berehat. Niat hati FN nak sangat menggantikan tempatnya tapi apakan daya, FN baru ada L saje. Kakteh ada jugak pelawa suruh FN bawa tapi FN tak berani pun, sebab jalan kat sini teruk. Last-last, kakteh yang menggantikan bangteh tapi tak sampai beberapa minit, da tukar balik sebab adik menagis tak makan dek pujuk.

Alhamdulillah 6.30 petang sampai kami di SMV Kudat, dah maghrib da time tu. Niat dihat kakteh nak menjual malam tu tapi tak dan la, tak sempat nak goreng mee. So, mari layan gambar~~




**@ nabalu lodge before breakfast..lihatlah pemandangan gunung kinabalu dibelakang kami tuh, subhanallah!

**we were so excited when reach at kinabalu pine resort, unfortunately rooms fulled..
dapat ambil gambar pun jadilahh~
**@ Kinabalu park di bahagian utama kat bawah
**Ni kat pondok timpohon bahagian atas. Sepatutnya kami boleh melihat view gunung kinabalu yang sangat dekat dan cantik, tapi tak de rezeki, sampai sana petang, naik kat atas nihh..putih jer, suci sangat dipenuhi kabus yang tebal~
**at Ranau, memang banyak jual nenas kat sini, manis merdu!

Hihihih..^^, 3hari FN ambil masa untuk tulis entri ni..masa FN disini memang sibuk sangat melayan mereka-mereka yang bertuah tu, so nak update ni, kene tunggu mak ngan pak dieorang balik dulu baru la dapat menulis blog ni..

Moral of my journey: TQ kakteh yang cuba untuk menggembirakan kami..,ADIK MEMNAG GEMBIRA SANGAT DUDUK RUMAH KAKTEH, rasa macam tak nak balik ^^,best giler! banyak berjalan luas pengetahuan, bertambah keyakinan+keimanan terhadap ciptaan Allah yang indah,SUBHANALLAH!
tHEN, bila FN amati ciptaan gunung kinabalu tuh, subhanallah! teringat FN pada satu ayat al-Quran yang mafhumnya:
" Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak mampu memikulnya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."

SO, bila melihat semula gunung Kinabalu yang dikatakan gunung tertinggi di Asia tu tidak dapat memikul amanah yang Allah berikan, masyaAllah! Sangatlah berat sesuatu amanah itu, sampaikan gunung sebesar gunung kinabalu pun tak berani untuk memikulnya,tetapi manusia yang kerdil dan lemah ni pula diberi kepercayaan oleh-Nya untuk memikul amanah.Allah knows the best for us, am i right.
Okay, FN nak berhenti dah ni..lepas ni nak buat iklan kelas kek untuk kakteh..^^,
OK, see you later~
wsalam,^^

Friday, January 21, 2011

Lirik yang Mengetuk Pintu Hatiku







"Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati"


Assalamu'alaikum semua pengunjung blog Musafir CinTA Ilahi ni?? FN doakan semoga kalian dan FN sentiasa mendapat cahaya dan petunjuk dari- Nya supaya terus istiqamah dalam beribadat kepada yang Maha Esa...aminn (n_n). Sebenarnya, FN dah set nak tulis entry ni malam tadi tapi disebabkan FN khusyuk membaca blog-blog yang bermanfaat jadi FN terus lupa. So, hari ni lepas je tidurkan Eqfal Qardhawi dan bagi makan pada budak-budak ni, FN terus on pc dan meneruskan niat FN yang tergendala malam tadi.

So, 1st of all..FN bukak youtube untuk cari lagu yang mengetuk hati FN. Tapi sebelum tu FN nak cerita sikit asal-usul lahirnya minat FN pada lagu nasyid.FN mula minat mendengar lagu@nasyid sejak abang naza menghadiahi FN sebuah mp3 samsung bewarna biru cair. Hadiah ni dia beli untuk FN sempena hari jadi FN yang ke 15 tahun, tapi yang paling pelik+kelakar, kata abang FN, ni hadiah tapi guna duit FN lebih banyak iaitu 100rm dan selebihnya abang naza topup, tu pun kongsi dengan abang mizi. Hey~ boleh ke panggil sebagai "hadiah" tu?? Tapi walauapapun FN tetap bersyukur kerana mp3 ni lah FN minat mendengar lagu nasyid. Bukan itu sahaja, FN juga menganggap mp3 ni sebagai teman karib FN di rumah. Dialah yang selalu temankan FN belajar setiap hari sampai larut malam. Tapi sekarang, mp3 samsung FN ni da nazak, tak tahulah kenape, kerana sekarang ni FN tak boleh nak charge da mp3 ni..sedih sangat rasanya. Walauapepun, FN redha dengan ketentuannya kerana FN yakin jika FN resha Yang Maha Pemberi akan gantikan dengan sesutau yang lebih baik, InsyaAllah.

Nak di sambungkan cerita tadi, FN pun mengadulah pada abang Naza tentang penyakit mp3 FN ni. So, dengan ihsan sebagai seorang abang kepada adikknya, dia pun menghadaihkan mp3 sony ericson dia kepada FN, alhamdulillah! FN bersyukur sangat-sangat kerana "patah tumbuh hilang berganti" bak kata pepatah melayu kan. So, gembira sangat sebab dapat kawan karib baru.InsyaAllah akan FN jaga dia dengan sebaik-baiknya. (^.*)" Allah befirman dalam surah ibrahim, ayat 7 ; mafhumnya:

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jadi, benarlah firman Allah tersebut, "bila kita bersyukur,Dia akan tambahkan lagi nikmatnya", subhanallah, walhamdulillah, walaiahaillallah, allahhuakbar!
Jadi bila FN dapat mp3 sony tu, FN pun menerokai mp3 tu so FN trejumpa lagu nasyid favourite abang yang FN tak pernah dengar sebelum ni. Nak tahu apa lagu tu? haaa..tulah serangkap lirik di atas yang FN copy dari lagu tu. Dan rangkap tu juga yang telah mengetuk pintu hati FN. Means, mengingatkan FN kepada sesuatu,".......". Perlu ke FN beritahu segalanya?? huhuhu,^^, tak da' masalah, FN boleh ceritakan melalui "LAGU NI"..OH, boleh klik kat "LAGU NI" untuk menghayati cerita yang FN sampaikan melalui lagu tu.hehehe..

Oh yer untuk pegetahuan kalian itu juga lagu yang FN dapat dari mp3 sony tu,kemudian satu lagi lagu yang FN idam-idamkan menjadi saksi cinta FN suatu hari nanti..(alamak, jiwang la pulokk). Actually, dulu FN idam-idamkan lagu sampai syurga-faizal tahir saksi percintaan FN tapi dok memikirkan lagu tu tak islamik dan sangat jiwang lagi emosi, jadi lagu tu telah di blacklist daripada lagu idaman dan pengganti lagu yang FN idamkan sekarang ialah "LAGU NI" Oh, bait-baitnya sangat tersirat dan lagunya syahdu sangat...FN rasa kebanyakan hati wanita boleh diketuk jika pasangan melafazkan rasa cinta melalui lagu ni dengan cara "VIDEO" yang bertemakan lagu ni...oh, romantisnya!! sebab FN rasa teman lelaki dia telah buat video gambar-gambar mereka dan menggunakan tema lagu ni~ (maaf, sekali lagi FN saje perasan jiwang untuk membahagiakan diri sendiri, ^^,) Selamat mencuba kepada mereka ingin mengetuk pintu hati pasangannya..huhuhu...^^, dan pesanan bagi lelaki, jika anda agak-agak malu untuk berterus-terang kepada si dia, YOU can use this song as medium untuk melafazkan kata-kata cinta kepada si dia~


Last sekali, FN tinggalkan kalian dengan VT ini..Doa mEncari Jodoh~aminn...


ok, See you later,
Wsalam (^.*)

Foto ComeL ^^;