assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, January 12, 2011

Harta, Wanita dan Angan-angan









Asssalamu'alaikum..

K
ebendaan hanya wujud ketika manusia ada di dunia. Tetapi jika sudah mati, segala-galanya ditinggalkan dan tidak boleh dibawa mati. Jika harta diperoleh dan dipergunakan ke jalan yang diredhai Allah, pasti harta itu dapat membantu si mati di akhirat kelak. Tetapi jika sebaliknya, tidak dapat kita bayangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Selain harta, ulama pernah berpesan bahawa wanita juga boleh menjuruskan seseorang ke lembah kehancuran. Manusia yang gagal membendung hawa naafsu memang sudah terjebak dengan pujukan syaitan agar melakukan perkara yang tidak senonoh dan terlarang terhadap wanita.






Justeru, ulama pernah berpesan:
*Jangan mengikat hatimu dengan wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.
*Jangan mengikat hatimu dengan pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hari boleh jadi hak orang lain . Maka, jangan suahkan dirimu untuk kesenangan orang lain . Hal ini kerana senangnya untuk orang lain dan tanggungan dosanya engkau tanggung sendiri.
*Jika hatimu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan terjurus untuk menurut hasutan syaitan.
*Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hatimu sebab hati seorang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.
*Jangan membuat sesuatu hingga benar-benar mengerti bagaimana menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.

Selain itu, umat islam perlu menghindari amalan terlalu berangan-angan hingga melupakan akhirat dan mengikut hawa nafsu. Sayidina Ali Abi Talib pernah berkata:
"Yang saya khuatirkan atas kamu dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurut hawa nafsu. Hal ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurut hawa nafsu itu menghalang daripada kebenaran (hak)."







Pesan ulama, sesiapa yang mengurangkan angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan, iaitu:
*Dikuatkan untuk taat, sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran.
*Dengan itu juga dia akan rajin melakukan ketaatan dan bertambah banyak amalnya.
*Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.
*Redha dengan kehidupan sederhana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu banyak mencari dan sememangnya ditujukan untuk akhirat.

Wsalam..

0 comments:

Foto ComeL ^^;