assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, March 11, 2011

TeKa- TEkI siRI 2..(",)

Assalamu'alaikum semua?? Apa khabar iman kalian hari ni?? Semoga sentiasa bertambah, lebih-lebih lagi di pagi Jumaat yang penuh barakah dan maghfirah ini..aminnn..=))
Alhamdulillah, kerana FN masih dipinjamkan nyawa dan sedikit masa untuk mmengupdate blog ni..
As usual hari Jumaat, FN nak bawa anda relax satt dengan teka-teki siri 2..hahaha..sebab kebanyakan orang utara dan pantai timur "off" pada hari Jumaat- am I right??
So, memang padan la tu~ =))

Sebelum mula, FN telah diamanahkan untuk memprommosikan page Jom Teka-Teki. Marilah join ramai-ramai dan like page ini..hihihih..seronok tau!! hari-hari boleh dapat teka-teki. Actually FN dapat soalan teka-teki ni pun dalam page ni..so, kalau korang nak tahu jawapan ape boleh la post soalan teka-teki kat wall JTT, insyaAllah dapatla jawapan.

Now let's we proceed..minggu ni banyak sikit teka-teki..cukuplah untuk sebulan kot sebab FN tak tahu bila lagi boleh bagi korang relaxx sat dengan teka-teki di blog ini..=))
ok, hope korang bersedia! especially en.Skema!!! Are you ready???
hihihih


1-bunga apa disiram ia mati..

2-lampu apa kalau pecah, keluar orgnya..?

3-wujud di hujung dunia,duduk di tengah orang,lebih pd nama,kurang pada rupa,kecil di cina,besar di Arab,ada di sana,tiada di sini,ada besar,tiada di kecil,2 di atas,2 d bawah,2 pd kanan,tiada di kiri,1 pada emak,2 pada bapa,ada dekat ayam,takde dekat itik,tidk dirindui,tapi lebih pada sayang..ape yer?

4-dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau dan kacang merah, cam mana nak asingkan kacang dgn mata ditutup..?

5-semakin ditarik, semakin jauh...?

6-kalau kita kehilangannya, kita sdr takleh nak cari...?

7-Ada 5 ekor burung sedang terbang di langit. Tiba2 ada sebuah roket
lalu hampir dgn burung2 tu. Kemudian 4 ekor burung jatuh dan yg tinggal
cuma seekor jer… Kenapa 4 ekor burung tu jatuh dan kenapa yg seekor
tu tak jatuh apabila roket tu lalu???

8-bas apa takleh brgerak..?

9-sel apa yang berada kat luar badan??

10-Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

11-Dia manusia, tetapi tidak tidur, tidak makan, atau mati. Siapa dia?

12-ada seekor burung. dia ni tak pandai berenang, nak dijadikan cerita dia jatuh dari pokok lalu terjunam kat dalam sungai so, ape yang terjadi?

13-lelaki mata keranjang apa mau nya..??

14-ikan dapat ekor, dia berenang., burung dapat sayap, dia terbang, ular kalau dapat kaki..??

15-Ianya tidak boleh dilihat, tetapi boleh ditimbang. Apakah ia?

16-kerja apa yang paling letih..?

17-Kawasan manakah di Malaysia, dibangunkan dengan 2 alatan sahaja?

18-Apakah yang memberikan kamu kuasa untuk berjalan melalui dinding?

19-seorng lelaki yg mempunyai sebelah tangan berjalan kaki ke pekan....cuba teka dia menuju ke mana..?

20-banyak2 warna rambut : ada yang merah,hitam,coklat .. kalau rambut hijau apa namanya?

21-haiwan ape jual beg??

22-dunia umpama neraka,hidup ibarat layang2.. ape bende?

23-Di manakah letaknya kekuatan Kuala Lumpur?

24-org negeri mana yang kurang makan, dan org negeri mana pulak terlebih makan..?

25-dlm byk2 buah,buah apa yg mnjadi raja.??

26-: lagi potong, lagi dia tinggi...??

27-ikan apa yang berkuasa..?

28-Bolehkah anda matikan rokok dengan mata ?????

29-Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.??

30-Mandi tak basah, makan tak kenyang, mengapa dan kenapa?

ok,alhamdulillahh..selesai..penat FN..maaf la en.Skema..semalam cakap 20 tapi bagi 30~ =))
sukuplah kot untuk stock 1 bulan!! hihihi...
Saja mahu buli en.skema..biar die termuntah-muntah menjawab teka-teki..
=)) gud luck my freind and to all visitorss!

OK! ATTENTION YE, SIAPA BERJAYA MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TEPAT! INSYAALLAH ADA HADIAH ISTIMEWA,[BOLEH REQUEST HADIAH] =))

** jom like Jom Teka-Teki..anda juga boleh mendapatkan jawapan disini..=))

so, jangan lepaskan peluang!!
OK, c u later..=))
wsalamm

0 comments:

Foto ComeL ^^;