
Hadiah akan membawa kesan perdamaian,rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. Disebabkan itu juga , Rasulullah menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini adalah pengaruh tersendiri.
Baginda bersada yang bermaksud,
"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai."(Riwayat Bukhari)
Pesan Baginda lagi,
"Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..."(Riwayat Ahmad dan Bukhari)
Dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak oleh Rasulullah adalah wangi-wangian. Malah Rasulullah ada juga berpesan mengenai hal ini,
"Siapa saja yang dihadiahi 'raihan' (wangi-wangian), maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa, namun sedap baunya." (Riwayat Muslim)
Pemberian hendaklah didahulukan kepada kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri. Selain itu, boleh juga mendahulukan orang yang dekat di hati kita. Imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, telah mengetengahkan dua hadis . Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan pemberian hadiah kepada pak cik dari sebelah ibu dan yang kedua ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patu didahulukan , beliau menjawab,"Yang paling dekat pintunya dengan kamu.
Wednesday, January 12, 2011
Makna sebuah HADIAH
Catatan Ikhlas ^^fatinnabilayaacob at Wednesday, January 12, 2011 0 comments
Labels: haDitH N falSafAh
Balas budi melalui DOA
Assalamu'alaikumm..
Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain. Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untuk menabur budi, menerima budi yang diberikan orang lain.
Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah yang dikatakan, orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.
Rasulullah bersada yang bermaksud:
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur" (Riwayat Tabrani)
Catatan Ikhlas ^^fatinnabilayaacob at Wednesday, January 12, 2011 0 comments
Labels: haDitH N falSafAh
Mulakan dengan BISMILLAH
Perkataan Bismillah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (saqar) seperti firman Allah dalam surah al-Muddathir:27-30 yang bermaksud:
"Dan apa jalan engkau dapat mengatahui kedasyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanye dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus);Ia terus membakar kulit manusia!; Pengaawal dan penjaganya adalh sembilan belas (malaikat)."
Alim ulama mengatakan bahawa mengucapkan Bismillah dalam setiap permulaan urusan seperti makan,minum,memakai pakaian dan bersuci adalah sunat. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-An'am:118 yang bermaksud:
"Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya."
Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang bermaksud:
"Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilahlah pintu dan padamlah lampu kerana dengan demikian syitan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmallah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka." (Riwayat Muslim)
Sementara itu, Imam al-Qurtubi dalam kitabnya, Tafsir al-Qurtubi, menyatakan, diriwayatkan daripada Waqi' daripada al-A'masy daripada Abu Wail daripada Ibn Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu."
Catatan Ikhlas ^^fatinnabilayaacob at Wednesday, January 12, 2011 0 comments
Labels: haDitH N falSafAh
Harta, Wanita dan Angan-angan

Justeru, ulama pernah berpesan:
*Jangan mengikat hatimu dengan wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.
*Jangan mengikat hatimu dengan pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hari boleh jadi hak orang lain . Maka, jangan suahkan dirimu untuk kesenangan orang lain . Hal ini kerana senangnya untuk orang lain dan tanggungan dosanya engkau tanggung sendiri.
*Jika hatimu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan terjurus untuk menurut hasutan syaitan.
*Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hatimu sebab hati seorang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.
*Jangan membuat sesuatu hingga benar-benar mengerti bagaimana menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.
Selain itu, umat islam perlu menghindari amalan terlalu berangan-angan hingga melupakan akhirat dan mengikut hawa nafsu. Sayidina Ali Abi Talib pernah berkata:
"Yang saya khuatirkan atas kamu dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurut hawa nafsu. Hal ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurut hawa nafsu itu menghalang daripada kebenaran (hak)."

Pesan ulama, sesiapa yang mengurangkan angan-angannya, maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan, iaitu:
*Dikuatkan untuk taat, sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran.
*Dengan itu juga dia akan rajin melakukan ketaatan dan bertambah banyak amalnya.
*Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.
*Redha dengan kehidupan sederhana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu banyak mencari dan sememangnya ditujukan untuk akhirat.
Catatan Ikhlas ^^fatinnabilayaacob at Wednesday, January 12, 2011 0 comments
Labels: haDitH N falSafAh
KATA-KATA Yang Baik

"Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji." (surah al-Hajj:24)
Perkataan yang baik bukan sekadar kata-kata molek yang keluar dari mulut seseorang. Tetapi ia juga merangkumi bentuk sedekah yang bermanfaat, yang boleh digunakan untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kebahagiaan abadi. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Dan ucapan yang mulia itu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perkataan juga diibaratkan mata pisau yang tajam. Perkataan yang dikeluarkan akan mencerminkan nilai dan darjat individu. Disebabkan itu Rasulullah pernah berpesan,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan baik atau mendiamkan diri saja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah juga menegaskan perkataan yang baik memounyai nilai yang sama dengan amalan soleh. Hal ini seperti sabda baginda yang bermaksud:
"Peliharalah diri kalian semua dari api neraka walaupun hanya dengan memberi sebiji kurma. Oleh itu,sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia menggantikannya dengan perkataan yang baik." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
Catatan Ikhlas ^^fatinnabilayaacob at Wednesday, January 12, 2011 0 comments
Labels: haDitH N falSafAh


