assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, March 12, 2011

I'm So In LOVE to YOU~

**yupp!! inilah prinsip yang ku pegang!

Assalamu'alaikum kawan-kawan?? selamat petang semua!
hihihi-sepatutnya entri inilah yang FN nak tulis pagi tadi dan bukannya entri "Ingin Berniqab?", tapi nak buat macam mana..spontan~ FN pun tak duga! =)))
so, insyaAllah petang ni maybe last entri untuk bulan 3 ni..hihihii..
Esok pagi, maybe dalam pukul 11 dah nak balik palong kak jidut jemput,then pergi ke KLIA untuk jemput kakteh dan adikkk-ohhhh~rindu sangat kat adikkk, harap dah boleh panggil "asuuu sayang" hihihhih..=)))

Oh~ tak sabar rasanya nak balik poland!
[YEKE?]
YUPPP!
Rindu sangat FN dengan si kancil, apa khabarnya agaknya?? Harap Raja Chulan dapat menjaganya dengan baik! Si Kancillah harapan FN untuk ke Kuala Pilah nanti..hihih..=)))
hmm..bagaimana pulak kelas mmenjahit FN..hihihi,,bila dah lamma tinggalkann dan mula semula, mesti gelabah+takut macam mula-mula belajar dulu..=.='
Sufiah, kawan yang sama belajar dengan FN pasti dah lebih maju dari FN..=((
Oh~ sepatutnya FN tumpang gembira! nanti dia boleh ajar FN pulak! insyaAllah!

OH~as usual bila balik palong;
NO INTERNET!
NO FB!
NO BLOG!
NO CHAT WITH YOU!
NO DATING WITH YOU!
FN pasti akan rindukan semua ni, PASTI! esspecially, "kata-kata motivasi daripada AWAK"..hihihi..
Haritu ada seorang akaq tanya pasal AWAK apabila FN buat status;
"FATIN NABILA IN LOVE"
So, FN dah janji sebelum balik poland, FN nak bagitahu perkara yang sebenar~ So, insyaAllah entri terakhir bulan tentang persoalan akaq tu dan tentang AWAK!
InsyaAllah..

**thankz to kaq Jidut kerana kenalkan FN dengan karya-karya PMJ..dan thankz jugak sebab bagi pinjam buku ni! Lepas ni nak pinjam "nota fikir untuk zikir" pulak..=))

AWAK! saya betul-betul dah jatuh cinta dengan AWAK~
AWAK juga adalah sumber ilmu saya~
AWAK juga banyak bagi kesedaran pada saya~
Setiap bait-bait AWAK berikan pada saya telah membuka minda saya supaya sentiasa berfikiran positif dan matang!
Entah kenapa, setiap tazkirah yang AWAK beri benar-benar terkesan pada hati saya~
Saya menyesal kenapa sekarang saya baru jumpa awak~
TAPI
Saya tetap bersyukur sebab saya berpeluang jumpa AWAK~
Saya tak habis lagi baca semua tazkirah AWAK untuk saya~
Sedihnya nak tinggalkan AWAK!
Dah la saya tak habis salin lagi kata-kata hikmah AWAK!
So, dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada AWAK kerana secara tidak langsung awak dah bawa saya kepadaNYA~
Dan last sekali, saya nak berterus terang yang saya betul-betul dah jatuh cinta dengan
PENULISAN AWAK, KARYA-KARYA AWAK!

hihihi,,,fahamm ke dak?? dulu FN jatuh cinta dengan blog KERETA MAYAT! [1st love] suka sangat ayat dia yg sempoi+kasar tapi beerkesan dann terasa kek hati, dek podeh heyh punye bahasa! biarla panjang mana pun entrinya, FN mesti bacaa! Lagi satu bila baca entri KM! FN mesti gelak sensorang! sebab ayat dia boleh buat orang ketawa, means dalam entri tu dia buat lawak! so rasa terhibur sangat!
BUT
now, my second love today is gentarasa.com, wordpress PMJ..
Kata-katanya hebat! Ayat-ayat yang digunakannya bervariasi..
Dan yang paling penting setiap entrinya bisa mengetuk hati-hati setiap para pembaca, seperti FN! that why I'm so in love with gentaRasa.com
I think you all must read this blog!!!
hmmm..oh~ ye! lepas ni FN tak dapat lagi post "kata-kata motivasi"

**buku ni pun buku kak jidut! alhamdulillah dah habis baca! best..=))

hihihi..=)) yang FN lawak tu, bila FN post je..status:
"FATIN NABILA IN LOVE",
"FATIN NABILA WITH A SPECIAL FRIEND"..
sume takda la fikir lain, kalau "IN LOVE" je mesti cinta manusia!
ini lah yang cuba FN explain ppada akaq tu dan pada mereka yang dah salah anggap, sebab ada seorang rakan yang sangat gembira bila tengok status FN dan telah mengucapkan tiga kali "tahniah!!"
hihihi...I know who you are?
don't worry if I will marry soon, you are the first person I tell...wohaa!

so, last nak minta maaf atas kesalahfahaman yang senngaja atau tidak sengaja!
Lainkali kalau dok tahu, tanyo!! =))
ok, i think sampai disini sahaja last entri ni..
insyaALLAH panjang umur, jumpa lagi~

ok guys, "I have to go"~
:'(
c u later
wsalamu..
P/S:

**En.Skema jangan sedih-sedih ye! woha! nanti jangan lupa mesej jawapan teka-teki, 1 hari 1 jawapan..insyaAllah..ada hadiah kalau semua betul..=)))
ingat--->BFF--->best fren forever..=)) nanti nak kawin jangan lupa ajak saya! =)), ingat! bahawa disisi kita ada PEMERHATI~ so jangan rasa sepi ok..^_^

Ingin berniqab??? (",)

Assalamu'alaikum..haaa..pagi lagi celik je terus bukak laptop! Then terdetik hati untuk membaca artikal niqab@purdah dalam blog usrah..so,lepas tu terfikir nak tanya pak cik google cara-cara nak buat purdah. FN pun search, alhamdulillah jumpa! ^_^
InsyaAllah akan cuba buat nanti..=)))


FN sebenarnya memang teringin nak memakai purdah! Puas FN cari di kedai-kedai tapi,tapi tidak ada! susah nak jumpa..=)) FN pun ada tanya cikgu menjahit FN, tapi dia kata dia tak tahu..dan dia perlu tengok contohnya, baru dia boleh buat.. Dan ingat lagi masa abang naza nak belikan purdah untuk kaq zehan, FN ada pesan belikan untuk FN tapi time tu stock dah habis, ketika itu harapan FN hanya pada dia..hihihi..tapi takda rezeki, maybe belum masanya lagi..~itulah hujah FN! Tidak dipilih lagi oleh-NYA untuk memakai purdah!

Pernah juga FN menyatakan hasrat pada mak untuk memakai purdah, kemudian mak tanya untuk ape? macam hantu jer? agak kecewa dengan jawapan itu dan FN kira mak hanya bergurau,dan maybe mak tak tahu hikmah disebalik memakai purdah! Walaupun begitu, FN tidak malu juga mengirim ole-ole [purdah] dari mak yang pergi menunaikan umrah! hihihih..=)) namun begitu FN juga tidak terlalu mengharap kemungkinan besar mak tak akan membelinya oleh kerana,mungkin mak akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan peniaga disana..wallahu'aklam..sama-samalah,doakan yang terbaik untuk FN..(n_n)

**terkesan dengan ayat Imam Nawawi~FN juga tertarik padamu kerana agamamu,=))

So, harapan FN untuk memakai purdah hanya pada seorang suami yang soleh, yang menginginkan [mengizikan] isterinya untuk memakai purdah@niqob. InsyaAllah. =))
Means, selapas kahwin la kot..baru berkesempatan untuk memakai purdah,! amin..

oh~yer! apa hikmahnya apabila seseorang muslimah itu memakai purdah? Kalau ditanya pendapat FN la~
FN rasa sangat selamat dari segala fitnah, insyaAllah! sebab apa? apabila kita menjaga aurat kita secara sempurna, insyaAllah..Allah pasti akan menjaga kita dari segala kejahatan! Means,apabila kita berpurdah,automatically kita akan terdorong untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kita kearah kemungkaran! insyaAllah..

contohnya: [maaf,FN agak lemah utk memberi contoh-so harap dapat terima]
**Kita tidak akan mudah untuk mendekati akhowat secara sembarangan, apatah lagi berjumpa berdua-duan.Bukankah itu akan mengundang fitnah??

**Kita juga akan mempunyai rasa malu yang menebal dalam diri untuk bercakap dengan orang yang bukan muhrim.

**last but not least-apabila kita berpurdah...maybe lisan kita aka terjaga! sebab ape?? bila kita berpurdah, maybe kita akan lebih banyak diam daripada bercakap! am i right? so, secara tidak langsung..kita boleh menjaga pertuturan kita daripada bercakap perkara yang sia-sia..insyaALLAH!

[ oh-yer baru teringat hujah yang kuat-mengapa FN nak memakai purdah? sebab FN sangat malu untuk berhadapan dengan orang,lebih-lebih lagi jika perlu buat presentation! so, apabila berpurdah, rasa malu untuk berhadapan di khalayak ramai akan kurang kerana..orag tidak akan mengenali muka kita dan hannya mendengar suara sahaja..=))) ]

FN suka contoh yang ketiga tu [hihih-buat cotoh sendiri-dan suka sendiri-hihih-malu!! ^^']
actually ada sebabnye! nak tau kenapa?
SEBAB!
FN ni jenis yang suka bercakap dan bercerita! (friendly la sikit-sikit) =))
kalau kawan karib FN---->Hanani..tiada rahsia antara kami! dia tahu segala-galanya cerita tentang FN, sebab setiap masalah FN, FN akan kongsi dan cerita pada dia..dan bagi yang mengenali FN juga pasti kenal dengan perangai FN yang mudah berkawan dan suka bercerita! Pernah suatu hari ketika FN berborak@bercerita dengan kawan-kawaN FN, kawan FN mengomel, "DEN DAH BOSAN DENGAR CERITA KO!", lebih-lebih lagi kalau FN cerita tentang abang naza! pasti ayat ini akan meluncur dari mulut mereke, "BALIK-BALIK ABANG NAZA EA,TAK HABIS-HABIS!" hihih..tapi seriusly FN tak ambil hati pun sebab koranglah kawan FN dunia akhirat--->hamira,faziana dan Hanani...

so, lepas ni kalau korang dah sambung belajar di universiti, FN pasti, korang mmesti akan rinndu dengan cerita2 FN..hihihi FN xde kat palong pun korang dah bising..haha,lepas ni xdapat la nak dengar cerita FN lagi..oh~ SUNGGUH FN betul-betul sayangkan korang kerana Allah. Semoga ukhuwah yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga..=))) aminnn!
So, moral bagi contoh yang ketiga: FN harap dapat kurangkan bercakap perkara-perkara yang lagho jika FN berpurdah suatu hari nanti-insyaAllah!

**mari hayati bait-bait ini..=))

Now, FN nak berhenti dah ni.."ok guys! I have to go"..actually..entri sepatutnya ringkas kerana FN just nnak bagi link "cara-cara nak buat purdah" tapi apabila dah buka cerita ni..dia jadi panjang!! i'm sorry-thankz for reading!
so, jika anda pengunnjunng blog ini ingin belajar nak buat purdah boleh la ke link ini---->


gud luck dear..^_^
c u later
wsalamu

Friday, March 11, 2011

TeKa- TEkI siRI 2..(",)

Assalamu'alaikum semua?? Apa khabar iman kalian hari ni?? Semoga sentiasa bertambah, lebih-lebih lagi di pagi Jumaat yang penuh barakah dan maghfirah ini..aminnn..=))
Alhamdulillah, kerana FN masih dipinjamkan nyawa dan sedikit masa untuk mmengupdate blog ni..
As usual hari Jumaat, FN nak bawa anda relax satt dengan teka-teki siri 2..hahaha..sebab kebanyakan orang utara dan pantai timur "off" pada hari Jumaat- am I right??
So, memang padan la tu~ =))

Sebelum mula, FN telah diamanahkan untuk memprommosikan page Jom Teka-Teki. Marilah join ramai-ramai dan like page ini..hihihih..seronok tau!! hari-hari boleh dapat teka-teki. Actually FN dapat soalan teka-teki ni pun dalam page ni..so, kalau korang nak tahu jawapan ape boleh la post soalan teka-teki kat wall JTT, insyaAllah dapatla jawapan.

Now let's we proceed..minggu ni banyak sikit teka-teki..cukuplah untuk sebulan kot sebab FN tak tahu bila lagi boleh bagi korang relaxx sat dengan teka-teki di blog ini..=))
ok, hope korang bersedia! especially en.Skema!!! Are you ready???
hihihih


1-bunga apa disiram ia mati..

2-lampu apa kalau pecah, keluar orgnya..?

3-wujud di hujung dunia,duduk di tengah orang,lebih pd nama,kurang pada rupa,kecil di cina,besar di Arab,ada di sana,tiada di sini,ada besar,tiada di kecil,2 di atas,2 d bawah,2 pd kanan,tiada di kiri,1 pada emak,2 pada bapa,ada dekat ayam,takde dekat itik,tidk dirindui,tapi lebih pada sayang..ape yer?

4-dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau dan kacang merah, cam mana nak asingkan kacang dgn mata ditutup..?

5-semakin ditarik, semakin jauh...?

6-kalau kita kehilangannya, kita sdr takleh nak cari...?

7-Ada 5 ekor burung sedang terbang di langit. Tiba2 ada sebuah roket
lalu hampir dgn burung2 tu. Kemudian 4 ekor burung jatuh dan yg tinggal
cuma seekor jer… Kenapa 4 ekor burung tu jatuh dan kenapa yg seekor
tu tak jatuh apabila roket tu lalu???

8-bas apa takleh brgerak..?

9-sel apa yang berada kat luar badan??

10-Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

11-Dia manusia, tetapi tidak tidur, tidak makan, atau mati. Siapa dia?

12-ada seekor burung. dia ni tak pandai berenang, nak dijadikan cerita dia jatuh dari pokok lalu terjunam kat dalam sungai so, ape yang terjadi?

13-lelaki mata keranjang apa mau nya..??

14-ikan dapat ekor, dia berenang., burung dapat sayap, dia terbang, ular kalau dapat kaki..??

15-Ianya tidak boleh dilihat, tetapi boleh ditimbang. Apakah ia?

16-kerja apa yang paling letih..?

17-Kawasan manakah di Malaysia, dibangunkan dengan 2 alatan sahaja?

18-Apakah yang memberikan kamu kuasa untuk berjalan melalui dinding?

19-seorng lelaki yg mempunyai sebelah tangan berjalan kaki ke pekan....cuba teka dia menuju ke mana..?

20-banyak2 warna rambut : ada yang merah,hitam,coklat .. kalau rambut hijau apa namanya?

21-haiwan ape jual beg??

22-dunia umpama neraka,hidup ibarat layang2.. ape bende?

23-Di manakah letaknya kekuatan Kuala Lumpur?

24-org negeri mana yang kurang makan, dan org negeri mana pulak terlebih makan..?

25-dlm byk2 buah,buah apa yg mnjadi raja.??

26-: lagi potong, lagi dia tinggi...??

27-ikan apa yang berkuasa..?

28-Bolehkah anda matikan rokok dengan mata ?????

29-Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.??

30-Mandi tak basah, makan tak kenyang, mengapa dan kenapa?

ok,alhamdulillahh..selesai..penat FN..maaf la en.Skema..semalam cakap 20 tapi bagi 30~ =))
sukuplah kot untuk stock 1 bulan!! hihihi...
Saja mahu buli en.skema..biar die termuntah-muntah menjawab teka-teki..
=)) gud luck my freind and to all visitorss!

OK! ATTENTION YE, SIAPA BERJAYA MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TEPAT! INSYAALLAH ADA HADIAH ISTIMEWA,[BOLEH REQUEST HADIAH] =))

** jom like Jom Teka-Teki..anda juga boleh mendapatkan jawapan disini..=))

so, jangan lepaskan peluang!!
OK, c u later..=))
wsalamm

Thursday, March 10, 2011

Gelaranku2..-nostalgia!

Assalamu'alaikum...buhsannya~~ oh terigat kata-kata PMJ : "bila kau sepi ingatlah bahawa disisimu ada Pemerhati". FN bukannya buhsan apa .. rasa macam tak sabar nak sambung belajar .. nak sibukkan diri dengan kuliah+assignment..hihihhi.. FN sebenarnya tak sukalah masa FN terbuang sia-sia tapi apakan daya FN ni hanya insan biasa. So.. kadang-kadang tak sedar masa tu berlalu dengan lagho tanpa menegur kita pun =( .. bak kata PMJ -"masa itu ibarat air sungai yang mengalir .. apabila kita pijak pada kali yang pertama.. maka kita tidak akan dapat memijak air yang sama pada pijakan kedua."
Ohh~berharga sungguh masa itu..TAPI tula sikap kita walaupun kita tahu masa tu berharga sangat tapi kita tetap sia-siakan. Ya Allah, jadikanlah kami dalam golongan orang yang sentiasa menghargai masa..(n_n)..aminn~

So, bila dah buhsan ni..sampai utaralah fikiran FN melayang~hi hi hi [tapi takda maksud apa-apa] just bidalan je..saja nak pekenekan orang utara..hihihi..
so,hari ini FN ingat nak bukak story-rekodkan nickname2 FN semasa zaman sekolah dulu..banyak juga~hehehe..jadi sementara FN tak hilang ingatan lagi ni [lupa~].
jadi inilah jalan yang terbaik untuk menyimpan semua kenangan itu..

[Jom-jom masuk ke zaman sekolah FN semasa form 5] =))

SITUASI 1: Dalamm kelas cikgu Zarina = NAZARI

Cikgu Nazari merupakan guru kelas 5 Iltizam.
Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
Beliau seorang yang kelakar giler tapi tegas.
Hobi cikgu ni adalah memberi gelaran kepada pelajar dengan menggunakann rumus probability distribution (kalau tak silap)
so, dalam kelas FN semua student ade gelaran tersediri dan cikgu ni memang akan gune gelaran yang dia bagi apabila daalam kelas bM..
SO,agak2 mcm mana cikgu zarina[oooppss~FN pun dah ubah nama cikgu nazari..hihihhi]
ubah nama FN??
Fatin Nabila Yaacob--->Fatin LABINA Yaacob.
so...kalau dala kelas cikgu tu..kawan2 memang panggil LABINA..oh! =))

Then daripada LABINA dapat pulak singkatan dari harimau {HAMIRA} dan zaniafa@nanako {FAZIANA} :
LABINA--->LABI-LABI
hahaha...how it's happen...ni hamira punya idea la ni sebab FN gelar dia harimau sebab gelaran yang cikgu bagi kat dia HARIMA..so..dengan keunikan FN..FN tambah "U"..maka dapatlah hamira-->Harima-->HARIMAU..
[hihihi...tak baiknya FN..biasalah gurau-gurau manja]

SITUASI 2: FN ke sekolah dengan menunggang moto.


hihi..ni banyak juga dapat gelaran, apa tak nya perampuan melayu TERAKHIR yang menunggang moto ke sekolah dari Palonng 1..yewww~ =))
so, first dapat gelaran dari thennesh sebagai:
"GHOST RIDER"
second, jushila la lagi yang menggelarka FN sebagai:
"MINAH REMPIT"
[padahal FN bawa moto perlahan jer dan tak pernah pun pergi function]
TAPI tulah, FN asal jumpe jer Jushila,mesti dia akan ajak FN function! (sebenarnya dia bergurau) so,FN layan je

Dalam situasi yang lain, Jushila ni memang banyak bagi gelaran kat FN.. pernah suatu hari tu tiba-tiba sahaja dia panggil FN "SOLEHAH"..hihihi..terkedu FN~ =)) gelaran ni seingat FN masa form 4 dia bagi. Dan masa form 5 lain pulak..dia panggil FN:
"MAK LAMPIR"
yang dia ambil dalam cerita indon, "benci bilang cinta" lakonan Marshanda..dan tak silap FN, nama "solehah" tu pun lakonan Marshanda juga dalamm cerita indon jugak..
heeeee~budak ni memang mudah sangat terpengaruh dengan cerita indon!
hahaha..

**comelnye marshanda,subhanallah...=))

SITUASI 4: Di rumah.

Alhamdulillah! banyak juga gelaran tapi semua tak lekat~
Masa kecik-kecik dulu abah panggil FN :
"DIBEN"
[kelakar betul bunyi nya]
dan ada jugak jiran FN yang panggil FN "diben"..malu rasanya..^_^"
hahaha...abang naza dapat dua gelaran dari abah iaitu..
"pak din KK" dan "dek Dang"
[hihih ni cerita FN la..~]
tapi kakteh lain pulak...die selalu paggil FN,:
"TEEFON"
[FN tahu pun selepas baca surat yang kakteh bg kat FN semasa dia belajar di UUM,cantik surat@kad tu..ada lagi FN simpan dalam fail] =))
BUT
semua tak lekat pun-yang lekat kak "jidut" ye..tu pun asalnya "jedah" (abah yg bagi)
kakbi dulu abah panggil "DUBIT"..lawak juga bila kenangkan kembali..=))
now, kat rumah depa panggil FN :
"ADIK@ASU"
dan kak jidut lainn sikit..dia panggil FN, "FATIN NABILA"
dia memang suka panggil FN nama penuh sebab dia kata nama FN best! alhamdulillah..=))
sebenarnya, FN pun suka+terharu+menghargai kalau orang paNggil FN nama penuh..=))
so, that why FN..gune singkatan "FN" supaya panggilan tu penuh..=))

SITUASI 5: Baru dapat-semalam..

hihihhihhi...gelaran dari en.Skema:
"CHEF ASU"
serius tak marah~ juz kelakar+malu...[FN bukannya pandai masak pun!] =))..siang ikan pun menughehh layi!! =))

OH YER..LASTTT-hampir je buat-buat lupa! hahaha
SITUASI 6: meaningful nickname!

"WARDATUSSAFFIYAH_WS"
ni la gelaran yang paling panjang yang FN dapat dari kawan karib FN masa form4 dan form5 dulu..
harapan dia berikan gelaran ni supaya FN jadi seperti maksud gelaran tu!
NAK TAU MAKSUDNYA??
"mmawar yang sentiasa menyucikan diri@mawar yang terpelihara+terjaga"..
terharu juga dan rasional dia memberi gelaran ni sebab FN duduk di POLAND..
dan pada pandangannye, kebanyakan pelajar yang sekolah di poland ni "liar" dan dia tak nak FN termasuk dalam golongan "liar" tu...
tQ FRIEND, I really appreciate it! so,that why I use this nickname in my email..hahaha..=))

So, all in all..[macamm buat kesimpulan essay bi-ingat lagi]..TQ so muchh kepada mereka yang sudi memanggil@memberi gelaran yang indah-indah-dan yang tak berapa nak indah tu FN..anggap gurauan je..tak mmarah pun ..malah itulah yang menambahkan perisa dalam diari@kenangan FN bersama kalian! =))
ok, I have to go--->masuk dapur--->tak tahu nak masak apa? =))
see u later..
wsalamu! ^^,

Tuesday, March 8, 2011

Ice-cream cake~ nyummmy :)

Assalamu'alaikum rakann-rakan blogging dan pembaca setia blog ni semua?
[haha..persoalannya..ade ke?]
hihihihihihih..[3h saja]
tak pa tu sume belakang cerita..

InsyaAllah hari ni FN nak kongsi how to maki ice cream..
so..taknak mencerabih banyak-banyak because "i have to go"..banyak keje juga..
selimmut 3helai nak basuh,toto 2..sume kene kencing--->nasib baik mesin basuh auto..hihihi..
tu pun FN nak kecoh..ohhh~ harini ada misi peting dalam mengemas..insyaAllah..pendek jer entri kali ni..

**haha..alang bg sepotong jer kat FN selebihnya..dia bawak p skolah..jamu rakan2!!
ni pun tak habis...hihihihi..tapi ni memang the best..favaurite22~.
.[walaupun,sebenarnye dah muak makan kek] hihihi
Ni namanye resipi hentam keroma~ sapa yg pandai mesti jadi macam yang alang FN buat..FN just ikut instruction dia..tu lah padahnye kalau belajar tak catit..ilmu pun tak lekat...!!
Tapi salah alang juga..dia sepah-sepahkan resepi tu walaupun dah tulis..but ada juga ilmu sikit..ingat la jugak...bayangkan kalau kita tak inisiatif apa2 pun,boleh ingat ke? atau istilah yang lebih molek.."ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah"..
da that why FN memilih untuk menulis ilmu ni dalam blog, 1st dapat share dengan korag
2nd, biar FN ingat resepi ni untuk buat pada hari jadi FN nanti...wohaa..aminn
ok2222~ we proceed okay..^_*


BAHAN+CARA** [cepat sikit]:

1-2 biji telur- 1biji ambil semua, 1biji ambil putih telur saja..

2-gula kastor/gula yang dah di belenda
-sukati nak letak berapa banyak..[ni la dikatakan hentam] nak selamat letak 1cawan tapi kalau tak cukup tambah la lagi tau!

**ok putar bahan 1 dan 2 sehingga kembang dan light then ketepikan.

3- susu [fresh milk-sukati nak perisa apa] ~coklat best!!hihi..[letak la agak2 ye-korang kan pandaii semmuanya].."practise make perfect"^p^

4-koko powder..[ikut sukatan citerasa sendiri]

5-whippig cream/fresh cream

**then, masakkan bahan 3 dan 4 sehingga mendidih...then masukkan kedalam putih telur yang dah kembang tadi dan teruskan putar
kemudian masukkan whipping cream..[agak2 ye]..sehinngga bahan2 tu semuaa kembang+naik+gebu+mmyummmy...

last simpan dalam peti...[nak sedap boleh la tambah..kacang2+badam+walnut+coklat chip+etc..masyaAllah marvellousss!!]

so..selamat mencuba! chaiyokkk~ lepas ni tok sei beli ice cream kat luar lagi...buat sendiri je!! terbaik ok!!! =))


insyaAllah,kalau diizin olehNYA...FN akan try buat pada hari jadi FN bulan 4 akann datang..so,sape yang kepingin boleh la singgah poland...hihihI..=))
"kek ice-cream FN-7/4"
insyaAllah2-kadang kalau kita cakap awal,memang tak jadi...ohhh~
positive2~~nak seribu daya..yeah!!!

ok..guys...setengah jam FN ambil masa untuk meulis...hahaha..lama2~~
it's okay~ i have to go..
see u again n again~
wsalamu!
^_^

Monday, March 7, 2011

MasyaAllah...comelllnye KAMU~,

Assalamu'alaikum...heeee~hari ni banyak betul FN post...
but
this..
juST
a simple post okey... =D





heeeeee~ semua same jer rupe... =))
fitrah manusia..lelaki tertarik pada peremmpuan dan begitulah FN tertarik dengan gmbar2 kartun yg comel ni...hahaha...

refresh kembali surah an-Nur ayat 26.. =)) sila buka tafsiran al-Quran anda atau tanye pak cik google..hihih..
ok..
nak ke dapur..[mengomehhh]-kat fb dah kene sound dengan alang...heeee~
ok..boss rojer n out..daaa~
see u later..
wsalamu

Cecite Tentang Jodoh..?

assalamua'alikumm semua?? ^_^

haaaa~ FN baru je habis baca cerita dalam satu blog ni..dan FN suka sangat sebab kisah cinta abang ni lebih kurang sama dengan kisah percintaan akaq Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi..so..sweet~islamik sangat..

So, FN rasa best juga kalau dapat share dalam blog FN..hihihi..jomlah baca..tak rugi pun walaupun entrinnye panjang..selamat membaca =)

Sumber: KLIK SINI

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yangsolid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

P/S

Nota hati: Pulang dari Kelantan hujung minggu lalu dengan badan yang sarat dengan keletihan. Namun hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.

Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.

Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.

Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!


Foto ComeL ^^;