Wednesday, January 12, 2011

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Bismilahhirrahmanirrahim....
Assalamualaikum....
Wasiat ni ana dapat dari akaq eton, ana harap kita dapat mengambil pengajara daripadanya untuk memperbaiki ibadah kita kpd ALLAH.......Amin.........

1) Menyegerakan solat apabila tiba waktunya, selagi tiada keuzuran.

2) Bacalah Al-Quran, buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah. Berzikirlah kepada Allah, jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.

3) Berajin-rajinlah bertutur dalam bahasa arab walaupun sedikit kerana ia adalah satu syiar Islam.

4) Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan tegas.

5) Jangan banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran dan tidak mendatangkan kebaikan.

6) Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjuang hanya kenal ketegasan.

7) Jangan meninggikan suara melebihi had yang diperlukan.

8) Jangan mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara yang baik.

9) Berkenalan dengan saudara seIslam walau di mana sekalipun kerana dasar seruan Islam ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika ada urusan yang lebih penting maka segerakanlah ia.

Insyaallah, moga-moga bermanfaat! selamat beramal..(^_^)"
wsalam.

0 comments:

Foto ComeL ^^;