Tuesday, January 11, 2011

Outcome Kem Motivasi Rabbani PMR&SPM.

Date Publish: 14/08/2010


"Pegang 'batu kesyukuran'...ucapkan 3 kesyukuran....

*Alhamdulillah kerana ada peluang untuk update blog ni...
*Alhamdulillah kerana masih di pinjam kan sedikit waktu untuk update blog ni...
*Alhamdulillah kerana diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu ini dengan rakan-rakan..

Bukan 3 sahaja tetapi banyak lagi nikmat Allah kurniakan pada kita yang jarang sangat kita bersyukur!! kata ustaz Asri"..

Assalamua'alaikum warahmatullahhiwabarakatu...
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang keempat umat Islam berpuasa. Semoga kita semua terus diberikan kekuataan untuk menghadapi bulan yang penuh keberkatan. Jadi, saya sukacita ingin mengingatkan diri saya dan anda supaya menggunakan medium ini untuk mentarbiyahkan&mendekatkan diri pada Allah S.W.T, Insyaallah...

Teacher Hazlina: Baiklah,pertama sekali saya ingin mengingatkan pelajar-pelajar tingkatan 5, petang ni kita ada apa???

Pelajar-pelajar: Kem Motivasi Rabbani!! (secara beramai-ramai menyambut soalan teacher)

Teacher Hazlina: Bagus!! pukul berapa???

Pelajar-pelajar: Pukul 5..( ada yang cakap pukul 4... dan yg paling dahsyat sekali, 'lepas berbuka,lepas maghrib...' kata budak-budak lelaki kelas aku)

Teacher Hazlina: Ok, pelajar-pelajar, ingat ye, datang pukul 2.45 sebab program kita akan bermula pada pukul 3. Hadiahkanlah Kem Motivasi Rabbani ini pada diri kamu. Walaupun kamu akan percubaan pada hari Isnin ni, tapi percayalah, program ini sangat bermanfaat pada kamu!!

Begitulah suasana gamat dalam majlis titisan restu pada tengahhari Jumaat lepas (13/8)..
Itulah juga qaul teacher yang meyakinkan diriku untuk menghadirkan diri ke program tersebut. Jadi, aku ikhlaskan diri untuk mengikuti program tersebut. Alhamdulillah!!!

* * *

Petang tu aku terlewat sampai ke sekolah dalam kurang pukul 3.10 minit...Ingatkan program dah mula, tp alhamdulillah belum mula lagi. Peceramah pun tak sampai lagi. Jadi, program sebenar bermula pada pukul 4, waktu itu aku dan rakan-rakan di arah untuk memasuki Dewan Al-Khawarizmi. Sekali pandang, macam kenal ye dengan penceramah tu. Aku dan kawan-kaawan cuba menebak penceramah itu...Oh, ya dialah Ustaz Asri yang pernah berceramah dalam Majlis Menggilap Permata di sekolahku pada bulan Jun yang lepas.

So, first of all..sblm ustaz Asri mulakan programnya, dia meminta bayaran daripada kami, kiteorang pun masing-masing tercengang...(huhuhu)...kemudian, salah seorang kawanku bertanya...
"ustaz,apakah jenis bayarannya? dan berapa mahalkah bayaran yang kami perlu bayar?

jadi, disebabkan kawanku yang seorang ni sangat berani, dia telah dihadiahi sebuah buku 'SMS dari Rasulullah' dari Ustaz Asri.... Hatiku berbisik, menyesalnya aku tak tanya, sebab soalan itu pun, ustaz Asri dah bagi dan dia cuma minta salah seorang dari kami untuk mengulangi ayat tersebut kerana dia lihat kami ini semuanya tidak berani..jadi itulah dia "sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"..ok, then, ustaz Asri menjawab...
"Baiklah, pelajar-pelajar sekalian, saya nak kamu bayar saya dengan 1000 zikir LAILAHAILLALLAH.

Alhamdulillah, aku berjaya melakukannya!!! Seterusnya ustaz meminta kami untuk mencari batu untuk dijadikan "batu kesyukuran" yang berfungsi sebagai "peringatan" kepada kami supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah!! lalu ustaz membacakan firman Allah dalam suruh Ibrahim ayat 7 yang mafhumnya:

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Dan ustaz juga menerangkan kepada kami supaya jangan fikir bahawa batu kesyukuran ini khurafat kerana batu ini tiada apa-apa padanya tetapi fungsinya lebih kurang sama sahaja dengan tasbih. Bezanya, apabila kita memegang tasbih, kita akan berzikir kepada Allah, manakala batu, apabila kita memegang batu ini, kita akan menyebut 3 kesyukuran kepada Allah.

* * *
Selepas solat Asar, ustaz Asri telah membuat setting (mind) serta mengubah "kepala hotak" yang penakut+negatif+malu tak bertempat.....ke dalam bentuk yang positif. Alhamdulillah, kami dapat memberikan respon yang sangat baik terhadap ceramahnya. Pada petang itu juga, kami telah membuat sumpah dengan kalimah yang dipinjamkan oleh Allah untuk bersumpah iaitu"WA ALLAHHI", "WA BILLAHHI", "WA TALLAHHI"..dan kami diberi masa untuk membuat sumpah tersebut. Kemudian orang yang terpilih, akan membaca sumpah mereka, dan alhamdulillah, aku dan Hanani terpilih untuk membacakan sumpah kami. Selepas slot tersebut, ustaz tersebut meneruskan lagi dengan slot "Teman SeJATI" dan itulah slot kemuncak pada hari itu dimana hampir semua pelajar mengalirkan air mata terutamanya pelajar perempuan,kami bersalaman+berpelukan+memohon maaf serta memohon doa-doa dari mereka...subhanallah!!!

* * *
Tup.. tup.. da pukul 7.10,masyaallah, pantasnya masa berlalu, memang tak perasan,lebih-lebih lagi aku tak pakai jam sebab jam aku terputus talinya..(sedih gilerr) then, kami pun menutup slot petang itu dengan tasbih kifarah dan surah al-asr. seterusnya semua pelajar menuju ke kafeteria untuk persediaan berbuka puasa, alhamdulillah!!

Selepas berbuka, kami menunaikan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan kuliah maghrib oleh ustaz asri sehingga tiba waktu Isya'...Dan selepas itu, kami solat Isya' berjemaah dan solat terawih...alhamdulillah!!!

Selepas bertarawih dan moreh, kami berkumpul semula di dalam dewan dan ustaz ada memberikan satu "prinsip"(maaf, aku tak perasan apa tajuk prinsip ini) yang mempunyai 16
perkara di dalamnya iaitu:

1.Belajar adalah wajib.
2.Kerja adalah sahabat.
3.Patuh arahan.
4.Janji mesti ikhlas.
5.Berusaha dengan gigih.
6.Hormat dan salam kepada guru-guru dan semua.
7.Saya seorang yang bertanggungjawab.
8.Saya seorang yang rajin.
9.Saya adalah terbaik.
10.Saya bertindak dengan cara yang terbaik sahaja.
11.Kejayaan saya untuk saya.
12.Kejayaan saya untuk ibu bapa saya.
13.Kejayaan saya untuk Agama saya.
14.Kejayaan saya untuk bangsa saya.
15.Kejayaan saya untuk negara saya.
16.Saya mesti berjaya.

ALLAHHUAKBAR 3X!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

* * *
Hari yang menyedihkan, Ustaz Asri ada emergency case, jadi dia terpaksa meninggalkan kami dalam pukul 10.30 tadi, so, that why i'm back to home!!!! Tapi sebelum beliau ,meninggalkan kami, beliau telah mengajar kami beberapa ilmu iaitu:

Sebelum kami memulakan ilmu-ilmu tersebut, kami telah diwajib kan menghafal bacaan "nama-nama Allah tersebut":
~YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, YA KARIM, YA LATIF, YA ROAZAK YA ALLAH YA ZALJALALI WALIQRAM, ALLAHHUAKBAR!!~

Ilmu-ilmu tersebut ialah:
1.Ilmu buang penyakit.
2.Ilmu mengambil tenaga bumi.
3.Ilmu tarik rezeki.
4.Finger trigger.
5.Water Trigger.
6.VAKS= Visual. Audio. Kinergy (kalau tak silap tp ,mksudnya sama dengan "kinetic energy") Spiritual

7.Bicara Diri = kami dikehendaki menulis sebuah cerita tentang kejayaan kami, dalam cerita ini, aggaplah diri kita dah berjaya, dan kita seolah-seolah menceritakan tentang kejayaan diri kita kepada diri kita...faham tak?? ok contohnya:
*Saya Dr. Hjh Fatin Nabila binti Hj Yaacob.
*Saya tinggal di Felda Palong 1 pada suatu ketika dahulu tetapi sekarang saya telah berpindah di sebuah banglo 2 tingkat bersama ibu bapa saya.
*Saya mempunyai sebuah kereta BMW dan dua buah kereta Mercedes.
*Saya seorang doktor pakar sakit puan.

......sedikit contoh la ya...so, anda pun boleh mencubanya...dan anda akan rasa bahagia!!! Insyaallah, daripada bicara diri ini kita akan dapat kekuatan untuk menggapai cita-cita kita.

so, saya rasa saya perlu mengundur diri dahulu, kerana masa mencemburui saya!!! saya minta maaf, kerana tidak dapat nak ajar ilmu-ilmu tersebut di dalam blog ni...tetapi sesiapa yang berminat boleh tanya saya di sekolah...insyaallah. Satu pesanan, jika ada sahaja program Anjakan Rabbani di dikawasan berhampiran anda, pergilah join...!! memang tak rugi...

Akhir kata, saya harap program saya yang tak sempat nak habis tadi akan ada penghujungnya..(akan diganti pada lain masa..amin..) jadi, sayaa mohon doa-doa anda untuk mendoakan kecemerlangan dan kejayaan saya, lebih-lebih lagi saya akan mendududki trial spm hari isnin ni...saya sayanggg semua orang yang menyayangi saya dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua, andai saya ada melakukan kesalahan!!! Selamat menyambut bulan Ramadhan. doakan kejayaan saya!!!

Maaf juga sebab, kadang2 saya bahasakan diri..."saya", kadang-kadang "aku"....

Terima kasih kerana membaca!!

0 comments:

Foto ComeL ^^;