Sunday, January 23, 2011

Last Holiday di Sabah (T.T)

">Assalamu'alaikum kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog FN yang serba-serbi kekurangan ni. Haa, apa khabar semua? FN sentiasa mendoakan bahawa pengunjung blog FN ni sihat-sihat selalu dan ceria selalu macam FN =) huhuuuhu.. Hmm..hari ni 23/1 kan? lagi 6 hari jer FN duduk di Sabah ni,. Lepas tu FN da nak balik poland dah. So, disebabkan cuti di sini mahu habis~ so, kakteh pun bawa FN jalan-jalan di Sabah!

**anyah memang manje dengan FN~

How to start this story? hmmm, okay, FN cerita dari mula FN bangun pagi semalam (22/1). Bangun je dari tidur semalam time tu FN rasa mcma ada orang cakap dengan FN yang tengah mamai tu, nak tau dia cakap apa???
"dik, nanti ko tolong masak ye, kakteh nak pergi sekolah ni"
FN pun dalam keadaan mami bangun dan menjawab,
"yer2"
then, FN bangun denagn tak sekaronya, FN masuk dapur untuk masak!
Mak dengan muka terkejut nampak FN yang baru bangun, terus je nak masak!.hihih bersemangat giler. Tapi mak peasan suruh FN mandi dulu.So, untuk menjadi anak yang solehah di akhir zaman ni, FN pun turut sahaja kata mak dan berlalu masuk bilik air untuk mandi.

Selepas sahaja mandi, FN tak lengah..sarapan dulu,ambil tenaga dari beehun goreng yang sempat kakteh masak pagi tu, then baru mulakan operasi main masak-masak 2..huhuhuh..FN macam biasa, sentiasa excited kalau bab masak-memasak ni, sampai anak-anak pun FN tak pedulikan, lantik p la kat hang...>^.^<
So, as usual,mak da tolong siang ikan and start goreng. Tugas FN sediakan bahan-bahan dan masak pulak..So, hari ini menu bertambah menjadi 3. Let's the photos story to you~Biarlah foto yang berbicara...^.^

**Ini sandwich FN yang buat tapi tak semua la~
Sartdin sambal made by kakteh.Then, SANDWICH salut telur pun kakteh yang goreng.
Tugas FN juz potong 2 roti yang tebal ni sampai terluka dua jari hantu n jari manis di tangan kiri FN ni. Kemudian FN giling roti tersebut sampai nipis, then masukkan sardin dan gulung~
Nampak macam mudah, but it doesn't eaSY as you imagine...huhuhu..
OK, sandwich ini FN buat last sekali selepas masak., sebab sandwich ni kami nak tapau bawak bekal on the way ke KUndasang.

**Okay, this is my third lauk yang FN masak, iaitu goreng sayur bayam.
Not bad,semua cukup dan sampai terlebih garam sikit..hihihih, ^^,
Tapi bila makang dengan nasi, it's okay,still under control...That is my second time rasanya FN masak sayur. Dulu, masa di palong, FN pernah goreng sayur kangkung, tapi trlupa nak letak garam, but still dapat backup dxengan ikan bilis yang banyak dan terasa masin ikan bilis.
Yang FN terharu sangat pada masa tu, mak FN takda' pun mengkritik sayur tawar yang FN masak tu tetapi sebaliknya, mak FN memuji yang sayur tu sedap..Pandai mak FN mengambil hati FN dan pada masa yang sama, tak pula mengaibkan FN, malah menambahkan semangat FN untuk memasak lagi.."segala puji bagi Allah", THANK YOU MOM..(*0*).

**Lauk kedua, cam haritu jugak bezanya, yang ni FN ingat nak letak bawang besar,..hihihi
"sambal ikang"-FN rasa yang kali kedua ni better la..
Act. FN dah banyak kali masak sambal ikan ni, tapi sambal ikan semilang dan yang paling kelakar pada masa tu..bila FN dah masak, mesti FN tak selera nak makan..^.^<.hihih
Lepas tu, FN da tahu dah, kenapa sebelum ni FN masak sambal ikan, mesti tak jadi..
Haa, nak tau kenpa.? Sebelum ni, FN kalau masak mesti tumis, bahan-bahan yang dihiris halus tapi tak tumbuk pun..patutla, macam tak jadi yer. Pahtu macam kering jer. So, now, sambal ikan, FN da lepas masak.^^,


**Nyumm222~ the marvellous food made by FN..hihihi..
Actually, FN ni "hantu udang" sebab FN memang suka giler makan udang.
Haritu masa di palong, FN masak udang guna bawang yang sudah dibelenda tapi hasilnya, dah la sambal tu rada bawang jer, kalau seimbang takpe gak, tapi ni terasa terlebih bawang putih..hihihi..memang fail betul time..


So, selepas sahaja masak, Kami pun bersiap-siap untuk gerak ke Kundasang. Perjalanan ddari Kudat ke Kundasang memakan masa selama dua jam lebih. Dan FN di fahamkan bahawa keadaan cuaca di Kundasang sangat sejuk dan berkabus seperti di cameron highland. So, I'm very excited ma..So, 1st tempat yang kami singgah ialah Ranau. Disan kaya dengan dengan jualan sourvenir.buah nenas yang manis-manis dan pelbagai jenis pisang yang ada dijual.Memang best juga kat sana.

Kemudian perjalanan di teruskan ke destinasi yang dituju iaitu Kundasang, setiba sahaja disana, BANGTEH TELAH MEMBAWA KAMI MASUK KE tAMAN kINABALU. Pelancong yang berumur 17 tahun ke atas perlu membayar 3rm dan 17 tahun ke bawah pula 1rm.Kemudian bangteh menyusuri taman kinabalu sampai ke tempat mendaki gunung kinabalu.Then, macam biasa la, kami pun take a photos.

Now, jam menunjukkan pukul +-5 la, so, bangteh memecut laju NBN 930 menuruni bukit tersebut dan singgah sebentar di bahagian utama taman kinabaku for take a view mount of kinabalu tapi gunung kinabalu sudah pun dilitupi oleh kabus. So, tak berapa nampak sangat.
After that, kami teruskan perjalanan dengan mencari tempat berteduh. 1st place, Nabalu Lodge Cafe & Bakery tapi kakteh macam tak minat, then teruskan lagi pencaarian di Kinabalu Pine Resort...hihihi, itulah hajat di hati kakteh sebenarnya,. Lagipun, disitu ada ruang yang cantik untuk melihat pemandangan gunung kinabalu. Tetapi itulah, tiada rezeki kami, bilik full..so, pergi semula ke Nabalu Lodge..no choice! sebab tu saje yang terbaiknye pada pandangan kakteh.
Alhamdulillah, sampai di tempat penginapan, kami rehat, solat dan makan bekal yang makanan yang FN masak tuh, dalam keadaan yang kebuluq! habis lauk-lauk tu FN makan, anyah pun bertambah-tambah makan...hhihih ^^,
* * *
So, esok (23/01~ahad) kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Destinasi kami ialah Pasar Filipin. Bunyi macam best, tapi memang best giler. Disana, terdapat pelbagai jenis kraftangan, gelang, keychain etc. Mata FN da rambang da tengok gelang yang diperbuat daripada mutiara dan pelbagai jenis keychain sabah yang cute-cute. So,bila dah nampak, sourvenir ni, teringat pulak wajah-wajah insan yang tersayang di semenanjung. Jadi, FN rasa ingin benar membeli sourvenir untuk mereka-mereka yang mempunyai ikatan fillah dengan FN. Teringat FN tentang satu hadis yang berkaitan dengan hadiah,yang maksudnya lebih kurang "apabila kita memberi hadiah, kita akan saling menyayangi" sat FN cari kat Pak cik google:

**Sabda Rasululloh SAW, “Hendaknya kamu saling memberi hadiah. Sesungguhnya pemberian hadiah itu dapat melenyapkan kedengkian.” (HR. Tirmidzi dan dan Ahmad)

**Saling berjabat tanganlah kalian, niscaya akan hilang rasa dengki; dan saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian kalian akan saling mencintai dan akan lenyap rasa permusuhan.” (HR Malik).

**Rasulullah s.a.w bersabdaKalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai

okay, inilah yang FN jumpe den copy sebagai rujukan pengunjung blog ini.Hmmm, then, teringat kata-kata kakteh, "takpa, duit tu boleh dicari"..MEANS, janganlah, takut sangat nak keluarkan duit dalam perkara yang baik, conthnya bersedekah dan memberi hadiah kerana pahalanya sangat besar.
So, lepas ye beli sourvenir tersebut kakteh terus ajak ke pasar yang menjual kueh cincin coz mak nak beli jugak ole-ole untuk jiran-jiran and anak-anaknya.Kemudian bangtaeh cari kedai makan untuk makan tengahhari.
On the way nak balik, perjalanan kami ditemani dengan hujan rahmat, so, time-time macam ni, kami semua tidur dengan nyenyak sekali tetapi bangteh sangat keletihan dan kadang-kadang dia berhenti untuk berehat. Niat hati FN nak sangat menggantikan tempatnya tapi apakan daya, FN baru ada L saje. Kakteh ada jugak pelawa suruh FN bawa tapi FN tak berani pun, sebab jalan kat sini teruk. Last-last, kakteh yang menggantikan bangteh tapi tak sampai beberapa minit, da tukar balik sebab adik menagis tak makan dek pujuk.

Alhamdulillah 6.30 petang sampai kami di SMV Kudat, dah maghrib da time tu. Niat dihat kakteh nak menjual malam tu tapi tak dan la, tak sempat nak goreng mee. So, mari layan gambar~~




**@ nabalu lodge before breakfast..lihatlah pemandangan gunung kinabalu dibelakang kami tuh, subhanallah!

**we were so excited when reach at kinabalu pine resort, unfortunately rooms fulled..
dapat ambil gambar pun jadilahh~
**@ Kinabalu park di bahagian utama kat bawah
**Ni kat pondok timpohon bahagian atas. Sepatutnya kami boleh melihat view gunung kinabalu yang sangat dekat dan cantik, tapi tak de rezeki, sampai sana petang, naik kat atas nihh..putih jer, suci sangat dipenuhi kabus yang tebal~
**at Ranau, memang banyak jual nenas kat sini, manis merdu!

Hihihih..^^, 3hari FN ambil masa untuk tulis entri ni..masa FN disini memang sibuk sangat melayan mereka-mereka yang bertuah tu, so nak update ni, kene tunggu mak ngan pak dieorang balik dulu baru la dapat menulis blog ni..

Moral of my journey: TQ kakteh yang cuba untuk menggembirakan kami..,ADIK MEMNAG GEMBIRA SANGAT DUDUK RUMAH KAKTEH, rasa macam tak nak balik ^^,best giler! banyak berjalan luas pengetahuan, bertambah keyakinan+keimanan terhadap ciptaan Allah yang indah,SUBHANALLAH!
tHEN, bila FN amati ciptaan gunung kinabalu tuh, subhanallah! teringat FN pada satu ayat al-Quran yang mafhumnya:
" Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak mampu memikulnya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."

SO, bila melihat semula gunung Kinabalu yang dikatakan gunung tertinggi di Asia tu tidak dapat memikul amanah yang Allah berikan, masyaAllah! Sangatlah berat sesuatu amanah itu, sampaikan gunung sebesar gunung kinabalu pun tak berani untuk memikulnya,tetapi manusia yang kerdil dan lemah ni pula diberi kepercayaan oleh-Nya untuk memikul amanah.Allah knows the best for us, am i right.
Okay, FN nak berhenti dah ni..lepas ni nak buat iklan kelas kek untuk kakteh..^^,
OK, see you later~
wsalam,^^

2 comments:

Noor Azian Binti Yaacob said...

Tahniah!...timo kasih banyak2 dok umah kakteh....tolong jaga anak2 heheh gajii akan diberi semasa keberangkatan pulangg yerr.....

^^fatinnabilayaacob said...

hihihihi...ok, timo kasih jugak kerana layanan yang sangat baik...
jago budak2 ni, ok jer..asu suke~
hmmm..ado gaji ko?? susah2 jer..kakteh dah sponsor pegi balik pun,alhamdulillah!! bawak jalan2 lagi...seriusly,asu tak harap ape2 pun~ ^_^v

Foto ComeL ^^;