Thursday, January 20, 2011

Jom Main Masak-masak.




"Dik, kakteh ko suruh masak tom yam, ko pandai tak?", kata mak FN lalu tersengih..

Assalamu'alaikum wbt, salam pertemuan kembali. Apa khabar semua? FN harap semuanya sihat-sihat belaka di bawah perlindungan yang Maha Pelindung.InsyaAllah. Hampir 20 hari FN duduk sini, hari ini baru la FN dapat main masak-masak yang FN idam-idamkan dan memang itulah niat FN pada mulanya apabila menjejeakkan kaki di rumah kakteh. Kakteh memang terkenal dalam keluarga FN sebagai seorang chef, order jelah apa-apa, pasti takkan mengecewakan. FN suka prder kat kakteh tom yam dan laksa, memang marvellous.

Refer to the title, teringat pulak FN nostalgia zaman kanak-kanak dulu. FN masa kecik dulu suka sangat main masak-masak. Habis periuk mak, FN pinjam untuk bermain. Yang lawaknya FN masak bunga raya, daun, campur air...huhuhu ^^, pahtu sambung main pondok-pondok dan kawin-kawin. Seronok sangat bila terkenangkan nostalgia lama, FN masa kecik dulu sangat aktif dalam bermain sampaikan tak duduk rumah. Nati da nak maghrib barulah balik Permainan yang FN paling suka ialah bermain guli.Kali terakhir FN bermain guli dan berhenti bermain gula ialah masa form 2, time tu mak memang dah marah giler tengok FN main guli setiap petang,huhuhu ^^, tapi itulah pengalaman yang mengajar FN serta mematangkan FN. Dan pengalaman macam ni jugalah modal bagi FN untuk bercerita kepada anak-anak dan cucu FN nanti..huhuhu..

ooohh, sambal ikan yang mirip dengan masakan mak, sebab tu ia menjadi citeerasa mak..(**,)

Ohh yer, kita sambung semula dialog diatas!
"haaa,pandai".jawab FN ringkas lalu hati FN bermonolog, "macammane kakbi buat dulu ek, aku pernah tengok dulu. Ha, bahan-bahan dia, bawang kecik+bawang putih+bawang besar+lada+serai+limau nipis+daun limau purut++,haaa, nak tumis ke tidak ek", lama jugak FN refresh balik kepala otak FN tapi last-last, FN mesej terus kakteh untuk menambahkan keyakinan! Ahamdulillah, sotong dengan udang mak dah siang, huhuuh,FN sebenarnya tak suka kerje siang-menyiang ni lebih-lebih lagi kalau siang ikan. Alamtnya hancuslah ikan itu, kalau dia boleh bercakap mesti dia dah marah-marah kat FN..^^, FN pun tak pandai lagi nak siang ayam,insyaAllah akan FN cuba pelajari.

Sedang FN tengah khusyuk mengopek bawang untuk masak sambal ikan dan tom yam, mak dah start goreng ikan selar kasar kegemarannya. Pada masa tu, mak pesan kat FN, "kalau nak goreng ikan ni, tak payah guna banyak minyak, nanti hilang manis ikan ni." Kemudian FN menjawab "ooook"..^^, Selapas FN selesai mengupas bawang-bawang semua, mak arahkan FN sekali lagi untuk masak ikan sambal pula, padahal FN ingatkan mak yang nak masak!Tapi tak pelah, lagipun FN memang suka pun. FN biase buat ikan sambal tapi ikan sembilang lar, tp mesti tak sedap, tak sama macam mak buat Mak sempat pesan buat biar sampai ada kuah kicap supaya budak-budak ni boleh makan gince dengan kuah kicap tu tapi FN da tersalah campak bahan-bahan sebab mak kata kakteh suh buat ikan sambal tapi mak suruh buat ikan kicap! haa, jadi sebagai chef yang tak pro tapi adil, FN telah buat keputusan untuk buat 2 dalam 1. So, jadilah ikan sambal kicap yang takda kuah kicap tapi sangat memenuhi citarasa mak! Ketika FN sedang menulis entri ini, ikan sambal dah pun habis dimakan, tak dapatlah along merasa! padanlah muka dia~


nyumm3~udang+sotong+tomato+karot+bunga kobis++ :)

Lepas siap goreng ikan, FN mula masak tom yam mengikut arahan yang diberi oleh kakteh melalui pesanan ringkas,mesej. Rupa-rupanya kene tumis, bawang-bawang tu. So, FN tumislah, then masukkan air seenak rase, then tunggu sampai mendidih. Tom yam yang FN buat ni asli kerana bebas dari sebarang perasa tambahan seperti mak aji dan kiub tom yam oleh kerana, bahan-bahan tersebut tidak wujud di dalam peti ais doremon kakteh. So, FN campaklah bahan-bahan yang ada saja. So, untuk jadikan tom yam masam, kakteh pesan letak limau tapi kalu tak da, letak lah asam keping atau asam jawa. So, FN telah mengambil keputusan untuk meletakkan ketiga-tiga sekaligus untuk menghasilkan tom yam yang kaw kaw, tapi tak jugak kaw kaw dan bende yang FN lemah ialah nak meletakkan garam, mesti tak pernah cukup!! Untuk masak tom yam ni, FN da letak 3 sudu garam tapi tetap QC (quality control) sehingga FN dah malas nak letak da..huhuh ^^,



heyy~inspektor sahab, see, FN dah pandai masak makanan kegemaran FN sendiri tau.So, jangan pandang FN sebelah mata je. ^.^

Tuntasnya, FN seronok sangat hari ini sebab dapat memasak. Kalau tidak, selalunya seawal 5 pagi lagi kakteh dah bangun untuk buat sarapan dan makan tengahari. Beruntunglah suami kakteh dapat isteri macam kakteh..^.^ FN pun bersyukur dapat kakak macam kakteh yang suka membuli adiknya yang serba-serbi tak pandai memasak. FN memang hajat untuk belajar memasak supaya dapat masak yang best-best untuk mak, suami dan anak-anak FN pada masa akan datang. Bak kata perpatah, "jika ingin memikat hati seseorang, pikat dulu tali perutnya"..huhuhu ^^, pernah dengar ker?? Oh yer, FN juga hajat pada lelaki yang pandai masak~(**,)

ok, sehingga bertemu kembali!!
wsalam..

1 comments:

^^fatinnabilayaacob said...

dek esok masak laie bagi can kat hang dah nak balik kann...hehehe

Foto ComeL ^^;