Wednesday, January 12, 2011

KATA-KATA Yang Baik

"Sesungguhnya kata-kata itu adalah Doa"


Assalamu'alaikukumm...

Marilah kita H
ayatilah kata-kata pujangga, maruah seseorang terletak pada lisannya (kata-katanya). Islam adalah agama yang amat mengambil berat mengenai maruah dan harga diri. Disebabkan itu, islam memerintahkan umatnya supaya menjaga lidah dengan mengeluarkan perkataan yang baik-baik. Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud,
"Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji." (surah al-Hajj:24)

Perkataan yang baik bukan sekadar kata-kata molek yang keluar dari mulut seseorang. Tetapi ia juga merangkumi bentuk sedekah yang bermanfaat, yang boleh digunakan untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kebahagiaan abadi. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Dan ucapan yang mulia itu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkataan juga diibaratkan mata pisau yang tajam. Perkataan yang dikeluarkan akan mencerminkan nilai dan darjat individu. Disebabkan itu Rasulullah pernah berpesan,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan baik atau mendiamkan diri saja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga menegaskan perkataan yang baik memounyai nilai yang sama dengan amalan soleh. Hal ini seperti sabda baginda yang bermaksud:
"Peliharalah diri kalian semua dari api neraka walaupun hanya dengan memberi sebiji kurma. Oleh itu,sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia menggantikannya dengan perkataan yang baik." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Wsalam..

0 comments:

Foto ComeL ^^;