Thursday, January 27, 2011

Blueberry Cheese Cake~FN,^^,

Assalamu'alaikum semua..^_^<

Hari ini FN nak kongsikan resepi kek favourite!!
Jom layannnn=> (kek kat sebelah ni kakteh yang buat, kek yang FN buat pun camnilah hasilnya) ^^,

Bahan-bahan ( loyang kek 8 inci.. )
BAHAN A
200gm biskut digestive (blender~biskut marrie)
110gm mentega (dicairkan)

BAHAN B
500gm krim keju Philladelphia
30gm butter
200-300gm krim segar (whipping cream/fresh cream/reduce cream)
4 biji telur (pukul sikit)
30gm tepung jagung
120gm gula kastor
1 penutup perasa lemon. (kalau takda pun takpe, letak esen vanilla pun boleh bahh)

BAHAN D
2 sudu besar blueberry filling (last sekali, sebelum bakar~ letakkan dalam adunan)

Cara-cara

  1. Bahan A~Satukan biskut dan mentega. Ramas hingga sebati dan padatkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu.Bakar selama 5 minit dan sejukkan. (Ini dinamakan sebagai basenya)
  2. Putar cheese+butter+gula+perasa lemon sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum+whipping cream dan telur dan putar sehingga sebati.
  3. Masukkan blueberry filing dan gaul sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang biskut tadi. steam-bake kek ini selama 90 minit dengan suhu 170 darjah. Balut loyang dengan kertas timah supaya tidak dimasuki air.
  5. Setelah masak, biarkan kek dalam oven selama 1 jam sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan kek ini dalam peti sejuk. Kek ini sedap dimakan apabila sejuk.
OK, kawan-kawan, semoga bermanfaat untuk kalian. Kalau konfius, boleh tanya FN secara personal, insyaAllah..
Selamat mencuba~
See You LAter..*_*
wsalam.

0 comments:

Foto ComeL ^^;